Halaman

Isnin, 28 November 2016

Wu Jing Mengarah dan Berlakon dalam Filem Wolf Warrior 2


KEMBALI dari kecederaan selepas S.P.L 2 yang lepas, Wu Jing sekali Lagi muncul sebagai pengarah dan juga berlakon dalam filem sekuel 'Wolf Warrior 2'. Bersama 'menemani' Wu Jing ialah pelakon, Yu Nan (The Expendables 2) secara rasmi disahkan kembali untuk sekuel itu. Sekuel kedua ini memberi peluang pada Wu Jing untuk selangkah maju ke hadapan selain bertindak pengarah filem aksi ini.

Untuk kali ini Wu Jing akan bekerjasama dengan kepakaran aksi dari Hollywood. Joe Russo menyatakan: "Kami membantu Wu Jing pada Wolf Warrior 2. Kami memperkenalkan dia ke suatu hubungan kami dalam perniagaan, seperti sebuah pasukan lagak ngeri yang akan datang dan bekerja keras dengan beliau untuk meningkatkan tahap aksi dalam filem kali kedua ini. Permintaan kali ini dia benar-benar mahu memberi kelainan mengatasi filem pertamanya."