Halaman

Jumaat, 25 November 2016

Underworld 5 : Blood Wars ~ Selene Bermandi Darah Lagi!


INI merupakan sekuel kelima filem francais 'Underworld'. Kali ini Theo James (Divergent) berjaya mengembalikan Selene sebagai sekutu David, ketika muncul dalam 'Underworld : Awakening'. Pelakon British Tobias Menzies (Outlander, Rom) dan Lara Pulver (Sherlock) mengambil peranan masing-masing sebagai pemimpin Lycan baru yang menggerunkan dan 'vampire' garang bercita-cita tinggi. Manakala Charles Dance (Game of Thrones) sekali lagi memainkan 'vampire' tua iaitu watak Thomas. Selain itu, James Faulkner (Game of Thrones), Peter Andersson (The Girl with Tattoo Dragon), pendatang baru Clementine Nicholson, Bradley James (A & E Upcoming Damien) dan Daisy Head (The Upcoming Fallen) turut terlibat dalam filem ini.


Pengarah filem Anna Foerster, adalah pengarah yang sebelum ini mengarah beberapa siri drama episod seperti Criminal Minds dan Outlander. Anna juga terkenal dengan kerja-kerja beliau yang begitu sinematografi. Antaranya filem-filem blockbusters yang epik dihasilkannya seperti Indenpendence Day, Day After Tomorrow dan White House Down. Skrip filem pula telah ditulis oleh Cory Goodman (The Last Witch Hunter, Priest) dan masih mengikut jalan cerita berdasarkan watak-watak asalnya dicipta oleh Kevin Grevioux, Len Wiseman dan Danny McBride. Seperti biasa Lakeshore Entertainment biasanya mengeluarkan filem-filem yang bermutu.

Saksikan filem ini yang bakal menemui peminat bermula pada 6 Januari 2017 di pawagam seluruh dunia!