Halaman

Sabtu, 5 November 2016

Scott Adkins 'Lawan' Tony Jaa, Iko Uwais & Tiger Chen?


BELUM lagi reda kelibat trio dalam 'Makeshift Squad', namun telah secara rasmi mereka bertiga akan bersama lagi dalam projek baru buat Tony Jaa, Tiger Chen dan Iko Uwais untuk filem 'Triple Threat'. Dalam masa yang sama pengarahnya turut bertukar apabila pengarah filem 'John Wick : Chapter 2' Chad Stahelski akan menggantikan pengarah sebelumnya iaitu Gary Mak.

Kemungkinan jalan ceritanya turut sedikit berubah dan butiran plot cerita secara kasarnya telah diberi gambaran menunjukkan bahawa filem itu akan berkisar tentang seorang artis mempertahankan diri Cina yang pergi ke Mexico untuk menyelamatkan bekas isterinya dan anak mereka selepas mereka diculik oleh kartel dadah.


Oleh kerana publisiti meluas terhadap tiga pelakon seni beladiri ini, aktor seni mempertahankan diri, Scott Adkins (Boyka : Undisputed) secara terbuka mencadangkan dirinya sebagai penjahat filem itu melalui Twitter! Jika tiada halangan tidak dapat kita bayangkan bagaimana aksi mereka nanti apabila bertarung sesama dalam satu filem? Pasti buat peminat tidak sabar menyaksikannya.

Sementara itu Tony Jaa mengumumkan penggambaran akan bermula pada Februari 2017. Menurutnya lagi dia sangat teruja untuk beraksi bersama Iko Uwais dan Tiger Chen.