Halaman

Khamis, 24 November 2016

The Great Wall ~ 'Tembok Khayalan' Ciptaan Zhang Yimou


SELAIN Orlando Bloom dan Arnold Shwarzenegger, Matt Damon turut menyertai kelompok bintang Hollywood menjayakan projek filem China khususnya. Filem 'The Great Wall' yang diarahkan oleh Zhang Yimou (Hero, House of Flying Daggers). 'The Great Wall' menceritakan kisah sebuah pasukan elit membuat pendirian berani untuk umat manusia apabila bertindak mempertahankan struktur yang paling ikonik di dunia. Filem terbesar dalam sejarah China yang pernah dilakukan dan penggambaran sepenuhnya berlaku di China. The Great Wall turut dibintangi Jing Tian, ​​Pedro Pascal, Willem Dafoe dan Andy Lau.


Butiran plot telah muncul melalui Pulse Movie Asia menyatakan bahawa 'The Great Wall' akan mencampurkan unsur-unsur Sci-Fi ke dalam cerita dengan memberi gambaran sebab 'sebenar' tembok ini dibina. Kononnya mengikut mitos ianya dibina untuk melindungi dari  'pencerobohan makhluk mitos gergasi'. Dalam pertempuran yang dashyat ini, manusia memilih untuk mengukuhkan pertahanannya dengan berlindung di dalam tembok besar yang dibina. Ada kemungkinan filem ini akan menjadi seperti 'Pacific Rim', sebuah filem epik sejarah yang diarahkan oleh Zhang Yimou luar dari kotak pemikiran kita. Ini pasti akan menjadi menarik.


Dalam satu perkembangan terkini, tarikh pengeluaran filem ini di pawagam perdana telah ditetapkan pada 17 Februari 2017! Apa-apapun kita tunggu maklumat lanjut mengenai filem ini dalam masa terdekat!