Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2016

Takdir Tony Jaa Seterusnya Bersama 'FATE'


NAMPAKNYA Tony Jaa semakin laris mengisi permintaan pasaran filem aksi Hong Kong. Baru-baru ini Tony Jaa menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem aksi seperti filem ‘The Expendables’ tetapi versi Cina iaitu ‘Makeshift Squad’, dan yang terbaru Tony Jaa memenuhi permintaan pengarah terkenal Wilson Yip yang kerap bekerjasama dengan Donnie Yen dalam filem SPL, Ip Man dan Flash Point. Projek baru ini bertajuk ‘Fate’.

Berita terbaru ini melaporkan bahawa Tony Jaa akan berlakon dalam filem baru aksi ‘thriller’ yang bertajuk ‘FATE’ atau dalam bahasa melayunya, TAKDIR. Sememangnya Tony Jaa semakin laris di Hong Kong pula selepas, Siam & Hollywood. Walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi kemahirannya mengatasi segalanya. Aksi pertarungan pula akan diarahkan oleh Sammo Hung yang sememangnya mempunyai sentuhan menarik. Buat masa ini butiran mengenai plot dan watak keseluruhan masih dirahsiakan. Pembikinan filem ini  dijangka bermula pada bulan depan.

Jackie Chan & Arnold Shwarzenegger Kembali Bergandingan...


ARNOLD Schwarzenegger seperti ‘membuat rumah sendiri’ di China, menandatangani kontrak projek $ 200 juta sekaligus menjadi projek termahal dalam sejarah perfileman China yang mana beliau melayakkannya bergandingan bersama Jackie Chan untuk filem terbaru ‘Journey To China’. Penggambaran Filem ini dijangka bermula pada Mac tahun 2017. Ini merupakan kali kedua Jackie Chan dan Arnold Shwarzenegger bersama selepas kali terakhir dalam filem Around the World in 80 Days pada tahun 2004.

Filem ini akan diterbitkan leh Beijing Ajimo, sebuah syarikat pelaburan yang bakal menerbitkannya dalam bentuk 3D dan 2D. Dalam cerita ini, Arnold akan memegang watak sebagai Pelancong Asing datang ke sebuah kawasan di China bernama Sangxidui. Proses penggambaran filem ini yang bermula Mac 2017 memakan masa lebih kurang 2 tahun untuk disiapkan dan bersedia menemui peminat pada tahun 2019. Lokasi yang dipilih untuk penggambaran filem ini adalah di Beijing, Russia dan London.

Rabu, 26 Oktober 2016

Si Pendaki Gunung Himalaya Menjadi 'Pejuang'


Shivaay

Kali ini cerita aksi datang dari Bollywood. Sebuah filem aksi hindi yang dilakonkan oleh aktor Ajay Devgan yang memegang watak seorang pendaki gunung Himalaya bernama Shivaay, secara tiba-tiba mampu menjadi seorang pemusnah apabila keluarganya diancam bahaya.


Pelakon: Ajay Devgn, Sayesha Saigal, Erika Kaar, Abigail Eames 

Selasa, 25 Oktober 2016

Kisah Ahli Sihir Menjadi Penyelamat Dunia


Marvel's Doctor Strange

Seorang doktor bernama Stephen Vincent Strange merupakan seorang pakar bedah saraf yang bijak tetapi angkuh. Selepas kerjayanya musnah, dia mendapat kehidupannya kembali apabila seorang ahli sihir mengambil keputusan untuk mengambilnya dan melatihnya untuk mempertahankan dunia daripada kuasa jahat. 

Lakonan : Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton

Rabu, 19 Oktober 2016

Max + Steel = ADIWIRA


Max Steel

Filem ini mengisahkan tentang Max McGrath dan rakannya yang merupakan makhluk asing bernama Steel yang menggabungkan kuasa mereka untuk menjadi adiwira Max Steel. Apabila dunia mereka diancam, hanya mereka sahaja dapat menyelamatkan dunia.

Lakonan: Ben Winchell, Ana VillafaƱe, Andy Garcia, Maria Bello 

Selasa, 18 Oktober 2016

Kepulangan Yang Tidak Di Alu-Alukan...


Jack Reacher 2 - Never Go Back

Jack Reacher pulang ke ibu pejabat di unit lamanya yang mana dia kemudian mendapati dirinya kini dituduh sebagai pembunuh dalam kes 16 tahun lalu. Sebagai mana dia cuba menghubungi penyiasat tentera wanita, dia kemudian ditugaskan dengan Samantha Dayton. Reacher menyedari dia mungkin merupakan anak perempuannya. 

Lakonan : Tom Cruise, Cobie Smulders, Danika Yarosh, Aldis Hodge, Patrick Heusinger, Holt McCallany, Robert Knepper

Rabu, 12 Oktober 2016

Srikandi Waja Dari Hong Kong




Special Female Force

Filem ini mengisahkan tentang sepasukan polis wanita yang dalam penyamaran di sebuah hotel lima bintang di Bangkok 25 tahun lalu untuk menyiasat pengganas antarabangsa. Ketika salah satu pertempuran, satu letupan telah membunuh ramai anggota polis wanita kecuali seorang yang terselamat iaitu ketua pasukan, Madam Fong, yang sempat melarikan diri. Sekarang selepas 25 tahun, Madam Fong bertemu dengan sekumpulan wanita yang kemudian dilatihnya untuk menjadi perintisnya.

Pelakon: Eliza Sam, Jeana Ho, Joyce Cheng, Cathryn Lee

Selasa, 11 Oktober 2016

Fiksyen Sains Dari Jepun

 

Terraformars

Planet Marikh telah dirancang untuk menjadi tempat manusia tinggal berikutan kekurangan sumber alam semula jadi di Bumi. Pada abad ke-21, para saintis telah diberi tugasan untuk mengubah persekitaran di Marikh supaya manusia dapat hidup di sana. Lipas dan sejenis kulat telah dihantar ke Marikh supaya kulat itu dapat menyerap cahaya matahari dan bangkai lipas akan dijadikan sebagai sumber makanan kepada kulat. Pada masa hadapan, apabila kapal pertama membawa manusia mendarat di Marikh, kru kapal mendapati serangga yang mereka tinggalkan di planet tersebut telah berubah menjadi gergasi. Kesemua kru tersebut telah dihapuskan oleh makhluk tersebut, tetapi sebelum mereka mati mereka berjaya menghantar transmisi ke bumi. Pada 2599, 15 askar elit telah dihantar ke Marikh untuk menghapuskan serangga tersebut.

Lakonan : Hideaki Ito, Emi Takei, Tomohisa Yamashita, Takayuki Yamada, Shun Oguri

Rabu, 5 Oktober 2016

Peguam Menculik Demi Keadilan


Rekka

Diarahkan oleh Rathina Shiva, ia mengisahkan tentang seorang peguambela yang berdepan situasi sukar sehingga memaksanya menculik seorang gadis. Ia dibintangi oleh Vijay Sethupathi dan Lakshmi Menon sebagai peneraju, manakala Sathish, K.S. Ravikumar dan Sriranjani sebagai watak pembantu. Selain itu, Kishore dan Harish Uthaman turut ditampilkan sebagai antara watak penting.

Pelakon: Vijay Sethupathi, Lakshmi Menon, Kishore, Kabir Duhan Singh, Harish Uthaman

Selasa, 4 Oktober 2016

Kisah Benar Kes Jenayah di Mekong


Operation Mekong

Sebuah kapal dagang yang beroperasi di Sungai Mekong telah diserang oleh penjahat dan telah menyebabkan 13 orang mati. Apabila sejumlah besar dadah ditemui dalam kapal tersebut, pihak berkuasa China dengan polis dari Thailand, Laos dan Myanmar menyiasat kes tersebut. Ia diangkat dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 2011. 

Pelakon: Eddie Peng, Zhang Hanyu, Joyce Feng