Halaman

Rabu, 25 Disember 2013

Tokan - Menuntut Kelainan Pada Zizan Razak


SEBELUM ini kita sering menonton pelakon komedi popular Malaysia dalam kebanyakkan filem-filem lawak komedi. Kali ini dalam TOKAN, kita akan dapat melihat kelainan yang dibawa oleh Zizan. Mungkin kebetulan atau tidak, filem yang sedang ditayangkan iaitu POLICE STORY 2013 lakonan Jackie Chan turut menampilkan ciri-ciri watak yang lari pada karakter asal filem tersebut. Dalam TOKAN begitu juga, kita akan dapat melihat sisi 'gelap' Zizan dalam filem ini. TOKAN kini telah ditayangkan di seluruh panggung filem Malaysia bermula hari ini (26 Disember 2013). Selamat menonton semua, yang penting berilah sokongan untuk filem Malaysia terutama filem-filem aksi!



Sinopsis
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua toakn di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusf berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menaraik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.