Halaman

Jumaat, 18 Oktober 2013

'Tom Yum Goong 2' Lebih Gila, Lebih Ngeri Aksinya!

"...Seluruh dunia tahu penghasilan filem aksi seni beladiri kini bukan sahaja Hong Kong sahaja yang mampu lakukan. Terkini, Siam sudah mula mencabar kredibiliti mereka. Oleh itu, tarikh penayangan filem aksi tersebut di Malaysia dilihat turut memainkan peranan bagi menjamin persaingan yang lebih sihat. Mana tidaknya, 18 Oktober 2013 (hari ini), filem aksi lakonan Donnie Yen yang brutal mula ditayangkan. Seminggu kemudian, pada 24 Oktober jika tidak silap giliran filem lakonan Tony Jaa menghangatkan panggung kita. Nampaknya bulan oktober kali ini kita 'berselera' ke panggung kerana dipenuhi dengan cerita aksi yang boleh memenuhi citarasa kita. Tidak lupa juga pada filem aksi tempatan seperti KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober baru-baru ini mendapat kutipan yang memberangsangkan walaupun diselubungi oleh kontroversi 'cetak rompak' lebih awal di internet..."

Jalan Cerita :
Kham (Tony Jaa) telah menjadi suspek dalam kes pembunuhan Suchart iaitu pemilik kem latihan gajah yang berpengaruh... Suchart telah dibunuh dengan tiga serangan tumbukan maut oleh seseorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri.  Kebetulan, Kham (Tony Jaa) adalah individu yang terakhir dilihat berada dan meninggalkan tempat kejadian jenayah berlaku. Menyedari kes jenayah itu dan menjadi suspek buruan utama oleh penguatkuasa, Kham melarikan diri daripada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, Kham turut diburu oleh anak saudara  kembar Suchart  (Jija Yanin dan Teerada Kittisiriprasert). Kham bernasib baik, dia telah dibantu oleh Sgt. Mark (Petchtai Wongkamlao) Interpol yang dihantar dari Sydney untuk mengendalikan beberapa misi rahsia.

Walaupun diburu, Kham terus mencari Khon, gajahnya yang dianggap seperti saudara sendiri yang telah diculik beberapa hari yang lalu. Semakin lama dia meneruskan pencariannya, semakin dekat bahaya dengannya, sehinggakan dia secara tidak langsung dia terlibat dalam konflik pertubuhan rahsia yang diketuai oleh LZ bos besar yang sangat ghairah dalam mengumpul pejuang-pejuang tempur tangan kosong dari seluruh dunia ke dalam pertubuhan rahsianya. Pejuangnya yang seperti '20' (Ratha Pho - ngarm) dan '2' (Maritz) berlumba-lumba untuk menangkap Kham dalam memenuhi objektif bos mereka.

Lakonan : Tony Jaa, Maresse Crump, Jeeja Yanin, Dan Chupong 
-