Halaman

Ahad, 24 Mei 2015

Donnie Yen Cederakan Mike Tyson dalam Ip Man 3


PENGGAMBARAN  Ip Man 3 telah pun berlalu. Kebanyakkan barisan pelakon semuanya dikekalkan. Raymond Wong selaku penerbit. Wilson Yip kekal bertindak sebagai pengarah utamanya. Manakala Donnie Yen seperti biasa akan mengulangi peranannya sebagai Yip Man. Cuma kali ini, nampaknya ia lebih ‘besar’ prestijnya yang mana filem Ip Man kali ini disertai oleh bekas juara tinju ‘heavyweight’ dunia, Mike Tyson. Bagaimana ia terjadi?

"Dua tahun lalu Mike Tyson membuka akaun Weibo (laman mikro-blogging Cina) dan soalan pertama yang ditanya ialah, “siapakah petinju terbaik di China?”. "Pengerusi Pegasus dan penerbit Ip Man, Raymond Wong memberitahu pada THR, “Seseorang telah menjawab, 'Donnie Yen’, lalu ia memberikan saya idea”. Dalam bahagian ketiga filem francais Ip Man 3 kali ini kami bukan sekadar menampilkan aksi pertarungan tangan kosong atau bersenjata kaedah wing chun, tetapi kali ini melibatkan adegan pertarungan yang lebih ‘boom’ dalam perjuangan dan tentukan kelibat pertarungan dengan ‘iron’ Mike Tyson yang bakal menjadi aksi yang ditunggu oleh peminat ."

Dalam Ip Man 2, seperti yang sedia kita tahu bahawa artis mempertahankan diri, Darren Shahlavi (telah pun meninggal dunia) memegang  peranan ‘foreigner devil’  yang menentang Yip Man. Dalam francais yang ketiga Tyson akan memegang watak seorang  pemaju hartanah dan dalam masa yang sama juga seorang petinju jalanan.

Dalam Ip Man 3 kali ini, buat julung kali pelajar Yip Man yang paling terkenal, Bruce Lee, akhirnya watak beliau akan ‘ditampilkan’. Walaupun begitu, ia akan sedikit mengecewakan peminat kerana pihak penerbit memutuskan  untuk menggunakan kaedah CGI untuk menggambarkan tokoh legenda tersebut. Namun, alasan yang dikemukan oleh penerbit agak munasabah kerana mereka tidak dapat mencari sesiapa sahaja yang boleh memberi intensiti seperti Bruce Lee.

Sebagaimana hanya terdapat seorang Yip Man, begitu jugalah perihalnya berkaitan lagenda filem kung fu, Bruce Lee dan selamanya mungkin akan hanya ada satu Bruce Lee!

ISTERI DONNIE YEN BIMBANG


Selepas mengetahui bahawa bekas juara tinju heavyweight Mike Tyson turut membintangi Ip Man 3, isteri Donnie Yen secara terbuka menyatakan kebimbangan mungkin akan tercedera apabila melakukan aksi pertarungan melawan Tyson. Namun, selepas beberapa hari lain pula ceritanya, sebaliknya Donnie Yen pula yang mencederakan Tyson.

Menurut satu laporan tempatan, sewaktu penggambaran salah satu babak aksi, Donnie Yen secara tidak sengaja pukulan sikunya terkena pada jari telunjuk kiri Tyson, yang mana kemudiannya disahkan telah patah. Bagaimanapun, Tyson telah memperoleh pujian daripada barisan pelakon dan krew untuk sikap profesionalisme beliau tunjukkan dalam sepanjang menyiapkan dan menjayakan penggambaran Ip Man 3. Perkara itu dibuktikan apabila Donnie Yen menyampaikan kata-kata penghargaan untuk Tyson dalam laman webnya ;
"...Mike, it's been such great honor and pleasure to worked with u and fought u in our movie Ipman 3 !! I think we'd just written a chapter in history ! ! U r a true champ!!..."