Halaman

Rabu, 26 Februari 2014

Filem Kantonis Malaysia THE JOURNEY 'Sidekick' KL Gangster Untuk Filem Box-Office Malaysia!


THE Journey, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari). Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.
-
Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011. Sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua! "The Journey" sebuah filem yang memaparkan erti kemanusiaan. Banyak menyentuh tentang isu kekeluargaan, hubungan antara bangsa, penerimaan, perbezaan budaya, persahabatan dan perbezaan bahasa.
-
Sinematografinya cukup cantik kerana setiap babak dirakam dengan sempurna demi mendapatkan paparan yang menarik untuk filem ini.

#sumber oleh : http://www.sinar.fm/

Isnin, 17 Februari 2014

POMPEII - Demi Cinta, Lautan Api Sanggup Di Renangi!


INI baru betul punya filem... Satu gubahan kreatif dan bertepatan dengan pepatah melayu yang berbunyi, 'lautan api sanggup ku renangi'. Itulah industri filem Hollywood sentiasa akan mencari ruang walaupun kecil bagi menerbitkan sesebuah filem yang ada kelainan dan komersil. Hasilnya, latarbelakang ceritanya adalah elemen cinta tetapi 'di AKSI kan'. Satu elemen dan cubaan yang bagus. Bagaimana kesudahannya, akan menemui peminat filem tempatan di Malaysia pada 20 FEBRUARI 2014 ini...

Sinopsis :
Mengisahkan seorang hamba yang bekerja di atas kapal sanggup menempuh cabaran dalam menyelamatkan gadis yang dicintai daripada ditimpa musibah bahaya letusan gunung berapi, Mount Vesuvius. Dalam perjalanan menuju ke Napoli, dia terpaksa melalui saat-saat getir sebagai hamba sebelum sampai ke Coliseum yang tempat kekasih dan sahabatnya terperangkap. Bukan mudah seorang hamba untuk membebaskan diri walaupun niat murninya baik...

Lakonan : Kit Harington, Emily Browning, Kiefer Sutherland, Jared Haris, Jessica Lucas

Ahad, 9 Februari 2014

Bullets Over Petaling Street - Hong Kong 'Kacukan' Malaysia


BEKAS Miss Malaysia Cina Antarabangsa 1998 dan pernah memenangi anugerah Hong Kong TVB artis, Debbie Goh kini aktif berlakon dalam filem tempatan Malaysia. Debbie Goh telah pun selesai penggambaran untuk 'Bullets Over Petaling Street' yang kini berdebar menunggu reaksi peminat filem aksi tempatan, adakah filem aksi komedi tempatan usaha karyawan Cina-Malaysia mampu menyaingi filem-filem aksi genre komedi yang dikeluarkan oleh produksi filem Hong Kong? Itulah persoalannya... Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasilnya apabila filem ini bakal menemui peminat pada 13 Februari 2014 ini.


Sinopsis:
Mengisahkan tentang seorang bintang filem iaitu Angel (Debbie Goh) yang tidak sengaja tiba-tiba menjadi ketua 'Triad' di Petaling Street. Namun, rahsia tentang dirinya terbongkar setelah kebetulan terdapat media yang membuat liputan tentang ketua di Petaling Street ini mendedahkan identitinya. Oleh itu, dia bersembunyi dari pemburuan pembunuh di sebuah restoran Xie Da Xiang yang juga bekas lelaki dahulu...

Lakonan : Debbie Goh, Chen Han Wei, Irene Ang, Jeffrey Cheng, KK Wong, Steve Yap, Cheryl Lee