Halaman

Rabu, 23 November 2016

S.M.A.R.T CHASE - Orlando Bloom Ke Pasaran Hong Kong


SEMAKIN ramai bintang Hollywod menerokai pasaran di China. Filem S.M.A.R.T Chase : Fire & Earth, dihasilkan oleh syarikat Orlando Bloom sendiri iaitu BlissBloom Productions. Filem ini berjaya mengumpulkan barisan pelakon handalan Cina seperti Simon Yam, Jing Tian (The Great Wall, Special ID), Lynn Hung (Ip Man Trilogy), Hannah Quinlivan (Step Back to Glory), Leo Wu, Cao Kefan, Liu Enyou, pelakon Korea Selatan Lee Jung-Jae (Assassination) dan pelakon seni mempertahankan diri Xing Yu (The Wrath of Vajra).

S.M.A.R.T Chase: Fire & Earth, mengisahkan Danny Stratton (Bloom), seorang ejen keselamatan swasta, yang diberi peluang keemasan untuk mengiringi barangan antik Cina yang paling berharga daripada Shanghai. Ketika dalam perjalanan mengiringinya, mereka diserang hendap. Demi keselamatan seorang wanita dicintai dalam perjalanan berbahaya itu, Danny sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan. Namun, dengan keupayaan yang terbatas, Danny perlu bekerjasama dengan pasukan pakar-pakar keselamatan S.M.A.R.T. untuk membantunya. Melalui bantuan tersebut, Danny berjaya membongkar konspirasi dahsyat yang menyelubungi operasi tersebut.