Halaman

Isnin, 24 Mac 2014

Kemuncak Filem Aksi Bulan Mac : Super-Human vs Super-Hero!


27 MAC ini pawagam tempatan Malaysia akan menyaksikan pertembungan 'meraih' tarikan peminat filem tempatan, manakah pilihan utama mereka untuk menonton filem aksi pada akhir bulan mac ini. The Raid - Redemptions sebelum ini tidak mendapat kelulusan FINAS untuk ditayang tetapi pada kali The Raid 2 - Berandal mendapat 'layanan' yang berbeza. Kemungkinan daripada kejayaan The Raid - Redemptions telah membuka ruang untuk The Raid 2 - Berandal menemui peminat tempatan yang dilihat kini lebih 'world-wide'.

The Raid 2 - Berandal sepatutnya ditayang pada 13 mac yang lepas tetapi telah dipinda tarikhnya atas sebab-sebab tertentu dan menjadi saingan buat filem 'super-hero' hollywood iaitu Captain America 2 - The Winter Soldier. Mampukah kedua-dua filem ini menarik peminat tempatan berduyun-duyun turun ke panggung untuk menyaksikan filem ini atau salah satunya tumbang dek saingan kutipan tiket kelak.


Sinopsis The Raid 2 - Berandal
Filem The Raid 2 ini mengisahkan kesinambungan dari The Raid 1 yang mana Rama seorang sahaja yang berjaya dan terselamat dalam sebuah operasi maut ketika menyerbu ke sarang dadah di ibukota. Diatas kejayaan itu Rama yang merupakan anggota polis elit dipanggil kembali untuk menjayakan satu operasi maut. Kali ini Rama ditugaskan menyamar dan memasuki dunia sindiket jenayah kejam yang berlaku di Jakarta, Indonesia.

Lakonan : Iko Uwais, Arifin Putra, Tio Pasukadewo, Julie Estelle, Yayan Ruhain, Cecep Arif Rahman


Sinopsis Captain America 2 - The Winter Soldier
Steve Rodgers cuba menyakini Nick Fury dan S.H.I.E.L.D supaya menerima peranannya dalam transaksi dari dunia 'klasik' ke dunia moden. Selepas transit ke dunia moden telah memperbaharui kehidupannya, Captain America menghadapi cabaran baru selepas dihidup kembali dari kemalangan lepas. Dalam dunia baru tersebut Captain America menemui rakan baru seperti Falcon dan James 'Bucky' Barnes sahabat baiknya yang akan menjadi Winter Soldier.

Lakonan : Chris Evans, Scarlett Johanson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson