Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2016

Takdir Tony Jaa Seterusnya Bersama 'FATE'


NAMPAKNYA Tony Jaa semakin laris mengisi permintaan pasaran filem aksi Hong Kong. Baru-baru ini Tony Jaa menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem aksi seperti filem ‘The Expendables’ tetapi versi Cina iaitu ‘Makeshift Squad’, dan yang terbaru Tony Jaa memenuhi permintaan pengarah terkenal Wilson Yip yang kerap bekerjasama dengan Donnie Yen dalam filem SPL, Ip Man dan Flash Point. Projek baru ini bertajuk ‘Fate’.

Berita terbaru ini melaporkan bahawa Tony Jaa akan berlakon dalam filem baru aksi ‘thriller’ yang bertajuk ‘FATE’ atau dalam bahasa melayunya, TAKDIR. Sememangnya Tony Jaa semakin laris di Hong Kong pula selepas, Siam & Hollywood. Walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi kemahirannya mengatasi segalanya. Aksi pertarungan pula akan diarahkan oleh Sammo Hung yang sememangnya mempunyai sentuhan menarik. Buat masa ini butiran mengenai plot dan watak keseluruhan masih dirahsiakan. Pembikinan filem ini  dijangka bermula pada bulan depan.