Halaman

Rabu, 7 Disember 2016

Wow! Max Zhang dalam Pacific Rim 2 bersama Jian Tian...


NAMPAKNYA penerbit filem Pacific Rim giat menempatkan diri pasaran China. Apa tidaknya, Max Zhang (Ip Man 3) secara mengejut disenaraikan dalam barisan pelakon bagi sekuel filem kedua bersama Jian Tian (The Great Wall). Bukan itu sahaja kejutannya, pengarahnya Guillermo Del Toro pula hanya akan bertindak sebagai penerbit manakala tugasan pengarahan diserahkan kepada Steven S Deknight (Netflix Daredevil).

Selain Jian Tian, ada lagi perubahan besar yang mana bintang asal Charlie Hunnam tidak akan bersama dalam sekuel kedua dan begitu juga heroinnya, Rinko Kikuchi dijangka akan tersisih. Peranan utama diambil alih oleh John Boyega (Star Wars: Force Awakens) sambil dibantu Scott Eastwood (Suicide Squad) dan pendatang baru, Cailee Spaeny. 'Pacific Rim: Maelstrom' dijangka menemui peminat pada 23 Februari 2018.


Dalam sumber lain seperti Darkhorizons melaporkan, penerbitnya Guillermo Del Toro ditemui dalam San Diego Comic-Con mengesahkan bahawa Pacific Rim 2 telah pun memulakan penggambaran pada November lalu dan bakal menemui peminat 4 Ogos 2017! Sumber dari Yahoo! pula mengesahkan pelakon utama Charlie Hunnam dan Rinko Kikuchi dijangka kembali dalam projek sekuel kedua ini. Cuma, anda jangan terkejut jika Ron Perlman kembali sebagai 'Hannibal Chau' kelak.

Del Toro menyatakan dalam BuzzFeed: "Watak-watak yang saya suka akan kembali. Raleigh, Mako, Newt, Gottlieb dan siapa tahu, mungkin juga Hannibal Chau - tetapi kita mengambil mereka dalam 'pendekatan yang lebih segar' yang mana akan memaparkan pemandangan yang menakjubkan dan pertempuran yang lebih hebat. Filem pertama adalah 'platform'nya dan kini kami bersedia untuk kembali dengan lebih impak!"