SETELAH berjaya dalam pembikinan pertama, filem Dead Pool akan meneruskan sambungan cerita dalam Dead Pool 2. Secara tiba-tiba teraju utama filem ini iaitu Tim Miller, mengambil keputusan untuk tidak bersama meneruskan projek kedua ini. Laporan mengatakan dia
meninggalkan projek itu kerana perbezaan pendapat dengan bintang dan juga penerbit Dead Pool, Ryan Reynolds. Menurut sumber Tim Miller mahukan pendekatan yang lebih 'bergaya dan unik', Manakala Ryan Reynolds mahu memberi tumpuan
lebih pada 'sketsa komedi menggoda'.
Cuma yang menghairankan di sini, kenapa mereka tidak
boleh menggabungkan kedua-dua idea bagi menjadikan persembahan yang lebih hebat dan menghiburkan buat filem Dead Pool 2 kelak. Itu adalah alasan
yang pertama yang kedengaran. Sebab kedua ialah berpunca dari watak 'Cable', yang mana Tim Miller sangat berminat dengan pelakon Kyle Chandler (Friday Night Lights) untuk memegang watak 'Cable' sebagai 'wira futuristik
pistol-toting', tetapi Ryan Reynolds berpendapat sebaliknya.
Akhirnya, perselisihan faham itu menemui noktah setelah pihak produksi dan studio berpihak pada Ryan Reynolds. Situasi itu memaksa Tim Miller menarik diri dan produksi kini aktif mencari pengarah baru untuk sekuel yang
dinanti-nantikan ini. Sekiranya anda diberi pilihan, siapa yang anda mahu atau layak untuk mengarah filem 'Deadpool 2'? Senarai pendek telah pun keluar dengan menamakan pengarah filem 'John Wick', David Leitch, Gareth Evans (The Raid) dan Matthew Vaughn (Kingsman).