Halaman

Isnin, 6 Januari 2014

Balistik - Adakah Sehebat dan Sepantas Pelurunya?


PADA mulanya bunyi tajuknya sama seperti cerita Ballistic lakonan Antonio Banderas dan Lucy Liu pada tahun 2002, rupa-rupanya bukan, ianya dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia Rosyam Nor. Balistik merupakan filem arahan Silver Chung yang diterbitan oleh RK Screen & Asia Tropical Film, manakala pengedarannya dilakukan oleh Skop Production Sdn Bhd. Sebuah filem aksi tempatan dengan menggabungkan barisan pelakon popular industri perfileman Melayu dan Cina bagi menjayakan 'misi' Silver Chung mengangkat genre aksi tempatan. Tahniah atas usaha ini. Bakal menemui anda pada 9 Januari 2014 ini dipawagam tempatan...

Sinopsis
'Balistik' menceritakan kisah SAGA (lakonan Rosyam Nor), pembunuh upahan dan ahli geng kongsi gelap tempatan. Melihat pada gaya hidup yang penuh risiko dan berbahaya itu, isterinya, SALINA (lakonan Rita Rudaini) mengambil keputusan meninggalkan SAGA dan anaknya. Selepas enam tahun, SAGA bertemu kembali dengan SALINA, tetapi dia kini menjadi isteri orang. SALINA telah menjadi isteri kepada INSPEKTOR NIZAM, yang juga merupakan sahabat baik SAGA ketika mereka berada di rumah anak yatim. Hubungan baik akhirnya 'terpisah' dek peranan dan profesion masing-masing. SAGA dengan penglibatan dalam jenayah, manakala INSP. NIZAM pula setia pada undang-undang. Situasi tersebut membuatkan mereka berbelah bagi apabila INSP. NIZAM terpaksa menurut arahan untuk membasmi jenayah dan SAGA diperintahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menjadi batu penghalang pada aktiviti mereka ...

Lakonan : Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim, Jason Phang, Gan Mei Yan, Jeff Chin