POPULAR benar pengarah filem 'John Wick' iaitu CHAD
STAHELSKI. Asyik-asyik nama dia juga yangdipetik untuk menjayakan beberapa filem-filem kebelakangan ini. Untuk kali ini penerbitan semula filem 'Highlander' yang pernah ppular pada masa ketika dulu. Donnie Yen pernah terlibat dalam filem ni dulu.
Mengenai projek itu, Stahelski
menyatakan: "Saya adalah antara salah seorang peminat besar filem asal ini kerana saya pernah menonton ia di sekolah tinggi. Tema ini ketika itu yang besar seperti keabadian, cinta, dan
identiti semua diadun dalam mitologi yang berwarna-warni. Saya tidak
boleh berfikir hanya filem asal yang lebih baik. Oleh itu saya menggunakan peluang ini untuk mencipta
watak-watak yang menarik, tema mitos dan set aksi yang baik kelak."
Filem asal ini pada tahun 1986 melalui Connor MacLeod / Russell Edwin Nash, iaitu mengisahkan kumpulan pahlawan
separuh abadi yang hanya boleh dibunuh oleh pemenggalan leher dan pertempuran
satu sama lain sepanjang zaman untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi. Filem ini umpama francais kerana melahirkan pelbagai sekuel termasuk tahun 2000. 'Highland :
Endgame' yang memaparkan pelakon seni mempertahankan diri, Donnie Yen sebagai 'cameo' filem lanjutan itu.
Setakat ini produksi belum lagi bermula, pihak penerbit masih belum memberi maklumat lanjut.
Dalam pada itu, Stahelski sudah bersiap sedia menyempurnakan filem sekuel kedua 'John Wick : Chapter 2' pada Februari tahun depan.