Halaman

Rabu, 16 Oktober 2013

Special ID Persis 'Sha Po Lang' (SPL) Versi Donnie Yen

"...Buat peminat cerita aksi dan seni beladiri, pasti ternanti-nantikan sebuah lagi filem aksi seni beladiri dari 'tangan' Donnie Yen. Semua sememangnya tahu, Donnie Yen berada di kemuncak 'prestasi' karier dalam filem aksi tempur. Ini kerana segala teknik tempur yang diserapkan dalam filem aksinya selalu menepati citarasa penonton. Oleh itu, 18 Oktober 2013 di Malaysia, kembali dengan naskhah terbarunya iaitu SPECIAL ID! Moga anda semua berpuashati..."

Jalan Cerita :
Dragon telah menjadi ‘infiltran’ untuk geng kongsi gelap bernama Hung selama bertahun-tahun di Hong Kong. Selepas kegagalan dalam beberapa rundingan yang dibuat Dragon dengan tiga kumpulan kongsi gelap tempatan, Hung mengesyaki dan mencurigai identiti Dragon. Waspada dan marah, Hung nekad untuk menghapuskan setiap anggota polis menyamar dalam kumpulan samseng dan hasilnya ramai polis ditangkap dan dihapuskan. Menyedari bahaya tersebut, Dragon meminta kebenaran untuk menamatkan tugasnya menyamar daripada kaptennya, Cheung. Sebaliknya, Cheung menghantar Dragon ke Tanah Besar China untuk menyusup masuk ke dalam jenayah perniagaan perdagangan ‘Pengenalan Khas’. Perniagaan ini dikendalikan oleh anak didik terbaik Hung , Sunny, yang merupakan rakan sebelumnya Dragon dalam kumpulan itu. Cheung berjanji untuk mengembalikan identiti polis Dragon setelah misi perniagaan Sunny dimusnahkan. Dragon bersetuju, dan misinya itu turut disertai oleh pegawai polis tempatan iaitu Lei Peng dan Fang Jing daripada pasukan gerak khas. Tetapi sebelum mereka berjaya menumbangkan Sunny, secara tiba-tiba identiti polis Dragon terhapus dan meninggalkan Dragon terdedah dalam bahaya besar.

Lakonan : Donnie Yen, Collin Chou, Tian Jing, Zhigang Yang