Halaman

Khamis, 8 Disember 2016

'Mile 22' gabungkan Iko Uwais, Ronda Rousey, Mark Wahlberg


IKO Uwais, Ronda Rousey dan Mark Wahlberg bakal membentuk 'pasukan' untuk pengarah Peter Berg dalam filem MILE 22. Produksi MILE 22 telah secara rasmi mengumumkan barisan itu sebelum Rousey dijadualkan untuk membuat 'comeback' di arena UFC pada 30 Disember ini. Dia sangat-sangat memerlukan kemenangan untuk mendapatkan kembali 'nilai saham' yang menurun sebelum dijangka menyertai projek 'box office' ini.

Manakala itu, menurut sumber dari New York Post, bekas juara wanita UFC, Ronda Rousey pada asalnya akan memegang watak utama dalam 'Mile 22', tetapi peranannya telah berkurangan disebabkan kurang pengalamannya dalam lakonan tetapi aksi dilebihkan buatnya. Pengerusi STX Hiburan Adam Fogelson memutuskan telah pun mempunyai seorang pelakon yang mantap untuk digandingkan dengan Mark Wahlberg sebagai 'hero'.

Fogelson menyatakan: "Ia membolehkan Ronda untuk melakukan semua yang dia boleh dan harus lakukan tanpa perlu memberi tekanan atau bebanan yang tidak wajar dalam lakonannya nanti."


Selain itu, tiada kata-kata yang terkini mengenai berapa besar peranan Iko Uwais, tetapi jangan terkejut jika dia mendapat layanan yang sama seperti Rousey. Tetapi, bukanlah sesuatu yang buruk Iko juga diberi peranan yang sama dengan Rousey asalkan ianya lebih besar peranannya berbanding dalam filem 'Star Wars - Force Awakens'.

Fox Sports turut melaporkan Peter Berg kembali bekerjasama semula dengan hero 'Lone Survivor' iaitu Mark Wahlberg. The Hollywood Reporter turut melaporkan Wahlberg bakal mengetuai filem MILE 22 bersama-sama dengan Ronda Rousey dan Iko Uwais. Selain mengarah, Peter Berg akan mengambil bertindak sebagai penerbit.

SINOPSIS: Seorang ejen CIA (Wahlberg) yang ditempatkan di Indonesia ditugaskan untuk menanti seorang pemberi maklumat dari pusat bandar melalui pesawat 'percutian' di lapangan terbang 22 batu jauhnya. Ketika dalam perjalanan, mereka terpaksa berdepan dengan masalah serta risiko ancaman dari polis yang di rasuah, kumpulan jenayah dan penduduk tempatan bersenjata berat tiba-tiba 'memerangi'nya.