Halaman

Khamis, 15 Disember 2016

Chuck Norris kembali ke layar perak dalam Blood Brothers


SELEPAS muncul sebagai kameo dalam filem 'Expendables 2' pada tahun 2012, legenda bintang filem aksi CHUCK NORRIS dijangka bakal kembali ke layar perak bagi memenuhi permintaan pengarah filem ini dalam BLOOD BROTHERS.

Cerita ini akan diarahkan oleh Isaac Florentine (Boyka: Undisputed, Ninja), filem ini berdasarkan kisah dua adik-beradik Batswana muda, Dumisani dan Sasha McDaniels, yang merupakan penyokong pemuliharaan alam semulajadi bekerja untuk National Geographic dan amat selaras dengan penjagaan Botswana untuk hidupan liar. Dua beradik itu kemudian menghadapi geng maut pemburu haram, yang akhirnya mengubah perjalanan hidup mereka selama-lamanya, yang membawa mereka kembali ke tanah asal mereka di Amerika Syarikat, di mana mereka terperangkap dalam konspirasi politik.

'Blood Brothers' akan memulakan penggambarannya di Botswana pada akhir tahun ini dengan tarikh tayangannya yang dijangka pada tahun 2017.

Tunggu untuk maklumat selanjutnya kelak!

SUMBER: Action Elite

Rabu, 14 Disember 2016

Cubaan solo Iko Uwais tanpa 'seteru utama' dalam HEADSHOT!


SINOPSIS nya mengisahkan misteri seorang lelaki muda terjaga dari keadaan koma selepas sebulan berlalu. Sewaktu didalam koma, dia dijaga rapi oleh doktor pelatih muda bernama Ailin selepas ditemui dalam keadaan 'mati' dengan kesan tembakan di kepala. Ia seperti satu kelahiran semula macam, satu masalah lain yang timbul apabila dia (Ismail) menyedari bahawa dia telah hilang ingatan dan identitinya. Menyedari hakikat itu, Ailin menukar namanya dengan nama Ismail.

Kedua-dua mula rapat dan berkenalan dengan lebih dekat, tanpa disedari mereka bahawa disebalik keamanan seketika itu bahaya telah menanti mereka dipersimpangan. Tidak lama kemudian kehidupan mereka bertembung dengan sekumpulan penjenayah yang amat berbahaya diketuai oleh seorang 'crime lord' yang membingungkan dikenali hanya sebagai Lee.

Ismail mula mengesyaki bahawa identiti sebenar beliau berkait rapat dengan penjenayah ini. Situasi makin memuncak setelah Ailin culik. Tanpa banyak pilihan Ismail nekad untuk menyelamatkan wanita yang telah selamatkan dia. Ismail terpaksa berhadapan dengan musuh tanpa dia sedar adalah kaitan dengan masa lalunya. Dalam menghadapi setiap gelora konfrontasi ganas, secara perlahan-lahan ingatannya kembali pulih dan membawa dia lebih dekat siapa dirinya yang sebenar.

Selasa, 13 Disember 2016

$50 juta untuk hasilkan 'Railroad Tigers' Jackie Chan!


MENURUT The Hollywood Reporter, bintang aksi antarabangsa JACKIE CHAN telah memperuntukkan $50 juta untuk menghasilkan filem aksi komedinya, RAILROAD TIGERS! Hmmm... ada berani ker penerbit filem Malaysia bikin filem berbajet sebegitu? Jawabnyer... 'Kelaut'!!! Istilahnya mudah, "more you give, more you get"... Apa-apapun, filem ini menyatukan kembali Jackie Chan dengan pengarah kegemarannya DING SHENG, yang sebelum ini mengarahkan filem beliau seperti 'Soldier Little Big' dan 'Police Story 2013'.

'Railroad Tigers' akan berlatarbelakangkan zaman masa perang China pada tahun 1941 dan mengisahkan seorang pekerja kereta api yang mengetuai satu pasukan pejuang kemerdekaan yang menggunakan pengetahuan mereka tentang rangkaian kereta api untuk mengganggu 'enjin' perang Jepun dan mencuri makanan untuk penduduk Cina yang kelaparan.

Penerbit cuba membandingkan filem baru ini dengan filem 'Project A' dan 'Drunken Master II', namun begitu filem ini lebih 'mengagumkan' kerana memiliki 'nilai-nilai pengeluaran lebih besar dan set aksi yang lebih hebat!' Apa-apapun, ia sekadar perbandingan, tetapi jika diukur dan dipertimbangkan, filem 'Drunken Master II' masih dianggap sebagai salah satu filem terbaik Jackie Chan setakat ini.

Isnin, 12 Disember 2016

Collin Chou & Michelle Yeoh bintangi Filem Fantasi NEZHA


PELAKON seni mempertahankan diri, Michelle Yeoh (Crouching Tiger, Hidden Dragon) dan Collin Chou (Flashpoint) dipilih mengetuai sebuah filem fantasi epik bertajuk Nezha! Filem ini diarahkan oleh Jeff Lau (Treasure Hunt), yang mana filem ini berdasarkan kisah mitos cina tentang seorang anak tuhan bernama Nezhayang sukar dikawaldan suka menimbulkan kekacauan.

Filem ini turut dibintangi oleh Zhang Fengyi (Assassin), Wu Lei (The Legend of Qin) dan Jike Junyi (Zhongkui : Snow Girl & Dark Crystal). Apa-apapun, sila tunggu untuk maklumat selanjutnya.

Jumaat, 9 Disember 2016

Highlander 'Re-boot'! Well Done, Can't Wait!!!


POPULAR benar pengarah filem 'John Wick' iaitu CHAD STAHELSKI. Asyik-asyik nama dia juga yangdipetik untuk menjayakan beberapa filem-filem kebelakangan ini. Untuk kali ini penerbitan semula filem 'Highlander' yang pernah ppular pada masa ketika dulu. Donnie Yen pernah terlibat dalam filem ni dulu.

Mengenai projek itu, Stahelski menyatakan: "Saya adalah antara salah seorang peminat besar filem asal ini kerana saya pernah menonton ia di sekolah tinggi. Tema ini ketika itu yang besar seperti keabadian, cinta, dan identiti semua diadun dalam mitologi yang berwarna-warni. Saya tidak boleh berfikir hanya filem asal yang lebih baik. Oleh itu saya menggunakan peluang ini untuk mencipta watak-watak yang menarik, tema mitos dan set aksi yang baik kelak."

Filem asal ini pada tahun 1986 melalui Connor MacLeod / Russell Edwin Nash, iaitu mengisahkan kumpulan pahlawan separuh abadi yang hanya boleh dibunuh oleh pemenggalan leher dan pertempuran satu sama lain sepanjang zaman untuk mendapatkan kuasa yang lebih tinggi. Filem ini umpama francais kerana melahirkan pelbagai sekuel termasuk tahun 2000. 'Highland : Endgame' yang memaparkan pelakon seni mempertahankan diri, Donnie Yen sebagai 'cameo' filem lanjutan itu.

Setakat ini produksi belum lagi bermula, pihak penerbit masih belum memberi maklumat lanjut. Dalam pada itu, Stahelski sudah bersiap sedia menyempurnakan filem sekuel kedua 'John Wick : Chapter 2' pada Februari tahun depan.

Khamis, 8 Disember 2016

'Mile 22' gabungkan Iko Uwais, Ronda Rousey, Mark Wahlberg


IKO Uwais, Ronda Rousey dan Mark Wahlberg bakal membentuk 'pasukan' untuk pengarah Peter Berg dalam filem MILE 22. Produksi MILE 22 telah secara rasmi mengumumkan barisan itu sebelum Rousey dijadualkan untuk membuat 'comeback' di arena UFC pada 30 Disember ini. Dia sangat-sangat memerlukan kemenangan untuk mendapatkan kembali 'nilai saham' yang menurun sebelum dijangka menyertai projek 'box office' ini.

Manakala itu, menurut sumber dari New York Post, bekas juara wanita UFC, Ronda Rousey pada asalnya akan memegang watak utama dalam 'Mile 22', tetapi peranannya telah berkurangan disebabkan kurang pengalamannya dalam lakonan tetapi aksi dilebihkan buatnya. Pengerusi STX Hiburan Adam Fogelson memutuskan telah pun mempunyai seorang pelakon yang mantap untuk digandingkan dengan Mark Wahlberg sebagai 'hero'.

Fogelson menyatakan: "Ia membolehkan Ronda untuk melakukan semua yang dia boleh dan harus lakukan tanpa perlu memberi tekanan atau bebanan yang tidak wajar dalam lakonannya nanti."


Selain itu, tiada kata-kata yang terkini mengenai berapa besar peranan Iko Uwais, tetapi jangan terkejut jika dia mendapat layanan yang sama seperti Rousey. Tetapi, bukanlah sesuatu yang buruk Iko juga diberi peranan yang sama dengan Rousey asalkan ianya lebih besar peranannya berbanding dalam filem 'Star Wars - Force Awakens'.

Fox Sports turut melaporkan Peter Berg kembali bekerjasama semula dengan hero 'Lone Survivor' iaitu Mark Wahlberg. The Hollywood Reporter turut melaporkan Wahlberg bakal mengetuai filem MILE 22 bersama-sama dengan Ronda Rousey dan Iko Uwais. Selain mengarah, Peter Berg akan mengambil bertindak sebagai penerbit.

SINOPSIS: Seorang ejen CIA (Wahlberg) yang ditempatkan di Indonesia ditugaskan untuk menanti seorang pemberi maklumat dari pusat bandar melalui pesawat 'percutian' di lapangan terbang 22 batu jauhnya. Ketika dalam perjalanan, mereka terpaksa berdepan dengan masalah serta risiko ancaman dari polis yang di rasuah, kumpulan jenayah dan penduduk tempatan bersenjata berat tiba-tiba 'memerangi'nya.

Rabu, 7 Disember 2016

Wow! Max Zhang dalam Pacific Rim 2 bersama Jian Tian...


NAMPAKNYA penerbit filem Pacific Rim giat menempatkan diri pasaran China. Apa tidaknya, Max Zhang (Ip Man 3) secara mengejut disenaraikan dalam barisan pelakon bagi sekuel filem kedua bersama Jian Tian (The Great Wall). Bukan itu sahaja kejutannya, pengarahnya Guillermo Del Toro pula hanya akan bertindak sebagai penerbit manakala tugasan pengarahan diserahkan kepada Steven S Deknight (Netflix Daredevil).

Selain Jian Tian, ada lagi perubahan besar yang mana bintang asal Charlie Hunnam tidak akan bersama dalam sekuel kedua dan begitu juga heroinnya, Rinko Kikuchi dijangka akan tersisih. Peranan utama diambil alih oleh John Boyega (Star Wars: Force Awakens) sambil dibantu Scott Eastwood (Suicide Squad) dan pendatang baru, Cailee Spaeny. 'Pacific Rim: Maelstrom' dijangka menemui peminat pada 23 Februari 2018.


Dalam sumber lain seperti Darkhorizons melaporkan, penerbitnya Guillermo Del Toro ditemui dalam San Diego Comic-Con mengesahkan bahawa Pacific Rim 2 telah pun memulakan penggambaran pada November lalu dan bakal menemui peminat 4 Ogos 2017! Sumber dari Yahoo! pula mengesahkan pelakon utama Charlie Hunnam dan Rinko Kikuchi dijangka kembali dalam projek sekuel kedua ini. Cuma, anda jangan terkejut jika Ron Perlman kembali sebagai 'Hannibal Chau' kelak.

Del Toro menyatakan dalam BuzzFeed: "Watak-watak yang saya suka akan kembali. Raleigh, Mako, Newt, Gottlieb dan siapa tahu, mungkin juga Hannibal Chau - tetapi kita mengambil mereka dalam 'pendekatan yang lebih segar' yang mana akan memaparkan pemandangan yang menakjubkan dan pertempuran yang lebih hebat. Filem pertama adalah 'platform'nya dan kini kami bersedia untuk kembali dengan lebih impak!"

Selasa, 6 Disember 2016

DEAD POOL 2 ~ Tim Miller Tinggalkan Projek Sekuel Kedua


SETELAH berjaya dalam pembikinan pertama, filem Dead Pool akan meneruskan sambungan cerita dalam Dead Pool 2. Secara tiba-tiba teraju utama filem ini iaitu Tim Miller, mengambil keputusan untuk tidak bersama meneruskan projek kedua ini. Laporan mengatakan dia meninggalkan projek itu kerana perbezaan pendapat dengan bintang dan juga penerbit Dead Pool, Ryan Reynolds. Menurut sumber Tim Miller mahukan pendekatan yang lebih 'bergaya dan unik', Manakala Ryan Reynolds mahu memberi tumpuan lebih pada 'sketsa komedi menggoda'.

Cuma yang menghairankan di sini, kenapa mereka tidak boleh menggabungkan kedua-dua idea bagi menjadikan persembahan yang lebih hebat dan menghiburkan buat filem Dead Pool 2 kelak. Itu adalah alasan yang pertama yang kedengaran. Sebab kedua ialah berpunca dari watak 'Cable', yang mana Tim Miller sangat berminat dengan pelakon Kyle Chandler (Friday Night Lights) untuk memegang watak 'Cable' sebagai 'wira futuristik pistol-toting', tetapi Ryan Reynolds berpendapat sebaliknya.


Akhirnya, perselisihan faham itu menemui noktah setelah pihak produksi dan studio berpihak pada Ryan Reynolds. Situasi itu memaksa Tim Miller menarik diri dan produksi kini aktif mencari pengarah baru untuk sekuel yang dinanti-nantikan ini. Sekiranya anda diberi pilihan, siapa yang anda mahu atau layak untuk mengarah filem 'Deadpool 2'? Senarai pendek telah pun keluar dengan menamakan pengarah filem 'John Wick', David Leitch, Gareth Evans (The Raid) dan Matthew Vaughn (Kingsman).

Isnin, 5 Disember 2016

Giliran Scott Adkins jadi 'Super Human' dalam 'ACCIDENTMAN


SEBELUM ini beliau sering melakonkan 'watak' belakang tabir bagi menunjukkan kehebatan watak tersebut. Ertikan lain, Scott Adkins sering membuat kerja 'body-double' untuk watak superhero seperti filem X-Men Origins : Wolverine. Kali ini beliau diberi peluang melakonkan watak utama untuk filem superhero baru, Accidentman.

Projek kali ini Scott Adkins kembali bergabung dengan Michael Jai White, Ray Park dan juga dibintangi oleh pelakon seni beladiri wanita sedang laris di Hollywood, Amy Johnston. Seperti biasa, Scott Adkins akan membawa sekali koregrafer kegemarannya, Tin Man ke dalam projek ini. Melihat pada barisan pelakon dan tenaga pakar yang sedia ada, mungkin kita dapat melihat hasil yang memuaskan kelak.


Filem ini adalah adaptasi dari sebuah komik yang ditulis oleh Pat Mills di awal 90-an. Accidentman turut menyatukan Adkins dengan pengarah 'Savage Dog' Jesse V. Johnson. Bintang lain yang turut bakal menjayakan filem ini ialah Ashley Greene (The Twilight Saga) dan Ray Stevenson (Punisher: War Zone).

Secara ringkas filem ini mengisahkan kehidupan Mike Fallon, seorang pembunuh upahan bayaran berprofil tinggi. Fallon telah dikenali kerana sering melakukan pembunuhan dengan membuat rancangan kelihatan seperti sebuah kemalangan terhadap mangsanya. Fallon juga terkenal dengan citarasa 'cinta' berkelas tinggi dan teman wanita glamor.

Jumaat, 2 Disember 2016

'Remake' The Green Hornet : Watak KATO Peningkan Penerbit!


BENAR! Filem ini bakal dibuat semula dalam versi baru. Namun, apa yang memeningkan penerbit salah satunya memilih pelakon yang benar-benar memberi 'impak' untuk watak KATO. Buat masa ini belum ada kata putus siapa yang akan memegang watak itu. Dalam 'remake' sebelum ini Jay Chou memegang watak itu tetapi kurang meninggalkan kesan. Oleh itu, pihak penerbit ingin memilih calon yang benar-benar cocok dengan watak Kato. Bayangan awal telah bermain di fikiran, iaitu Donnie Yen yang pernah membawa watak menyamai Kato dalam filem 'Legend of Fist: Return of Chen Zhen' pada tahun 2011.


Connor bercakap dengan bersemangat untuk menjayakan projek itu dengan menyatakan:

Yen’s popularity is about to skyrocket in Hollywood when ‘Rogue One: A Star Wars Story’ and ‘XXX: Return Of The Xander Cage’ hits theaters this December and January. There is no better time then now to sign this man up to spearhead a new franchise. Yes yes, I know the film is called “The Green Hornet”, but ‘Kato’ have always been the character that audiences tend to gravitate to. And never say never to a ‘Kato’ solo spin-off one day. Okay, I am thinking way too far ahead now.

Nantikan informasi seterusnya kelak...

Khamis, 1 Disember 2016

Risiko Filem Kisah Hari Tua Wolverine Dalam 'Logan'


RENTETAN sambung filem X-Men Origins - Wolverine dan The Wolverine (yang berkisar di Jepun). Secara rasmi filem ini akan bakal diterbitkan klasfikasi 'Rated-R! Penerbit Simon Kinberg mengesahkan kepada Collider, menyatakan:

“It takes place in the future, and as you and others have reported, it is an R-rated movie. It’s violent, it’s kind of like a western in its tone. It’s just a very cool, different film.”

Nak tengok mengamuk dijalanan (*teringat amukan jebat)? Tunggu filem yang bakal menemui peminat pada March 2017 nanti. Filem ini sekali lagi akan diarahkan oleh James Mangold (The Wolverine). Bukan sahaja Wolverine dimamah usia, tetapi profesor X turut tua...

Rabu, 30 November 2016

Iceman 2 Kembali Selepas 'Remake' Pertama Pada Tahun 2014


BAHAGIAN pertama filem ICEMAN ini telah pun menemui peminat di pawagam Hong Kong dan seluruh dunia pada tahun 2014 yang lepas. Tidak lama kembali sambungan filem ini dalam bahagian kedua yang mana bakal dilancarkan kemungkinannya pada akhir tahun ini. Seperti biasa pelakon utamanya Donnie Yen akan mengepalai siri kedua ini selain dibintangi Wang Baoqiang, Simon Yam, dan Eva Huang.

Filem ini merupakan 'remake' filem dari tahun 1989 bertajuk 'The Iceman Cometh' yang dibintangi oleh Yuen Biao. Versi terbaru yang diarahkan oleh Law Wing Cheung terpaksa dipecahkan kepada dua bahagian kerana bajet asalnya tidak menampung kos semasa pengeluaran yang pertama. Bagi menyelamatkan keadaan banyak adegan dipotong dan dikumpulkan semula menjadi bahagian yang kedua. Asal pembikinan yang pertama melebihi durasi diperuntukkan melebihi dari dua jam.

Selasa, 29 November 2016

'Ghost in the Shell' ~ Impak Terbaru Scarlett Johansson


SEBUAH lagi siri 'anime' atau manga diangkat ke layar perak menjadi sebuah filem aksi 'mainstream'. Ianya bakal menemui peminatnya pada bulan mac 2017 nanti. Filem berbajet besar ini akan bergabung tenaga dengan beberapa pelakon Jepun yang sudah pun terkenal di Hollywood seperti Rila Fukushima, terkenal kerana peranannya sebagai 'Yukio' dalam 'The Wolverine', termasuk legenda Jepun, Takeshi (Battle Royale, Zatoichi) termasuk dalam barisan pelakon.

Takeshi memegang watak pengasas Seksyen Keselamatan Awam 9 di kenali sebagai ketua Daisuke Aramaki. Mengenai mengapa dia memutuskan untuk mengambil peranan, dia menyatakan: "Ia bukan bermakna saya seorang peminat anime atau manga. Saya memutuskan untuk menerima tawaran ini kerana ia berbeza daripada filem-filem saya sebelumnya, saya fikir ia adalah menarik bahawa Aramaki adalah watak yang mengeluarkan vibe yang pelik dan pelbagai plot yang menjadi teras hubungan pada watak-watak itu. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana filem ini terhasil nanti."


Selain Scarlett Johansson sebagai pelakon utama, Sam Riley (Maleficent) dan Piluo Asbaek (Lucy) turut bersama dalam filem ini disamping pengarah Rupert Sanders (Snow White And The Huntsman) menerajui filem 'Ghost in the Shell'. Penulis skrip untuk cerita ini ialah Jonathan Herman yang pernah menulis filem 'Straight Outta Compton'. Penerbit bagi filem ini ialah Ari Arad, AVI (Iron Man, Spider-Man 2) dan Steven Paul. Scarlett Johansson telah membuktikan bahawa dia kini merupakan 'lubuk' 'box office' (bukan sahaja dengan Marvel filem) dengan kejutan melanda filem 'Lucy', yang pergi kepada keluaran melebihi $ 100 juta di box office.

Isnin, 28 November 2016

Wu Jing Mengarah dan Berlakon dalam Filem Wolf Warrior 2


KEMBALI dari kecederaan selepas S.P.L 2 yang lepas, Wu Jing sekali Lagi muncul sebagai pengarah dan juga berlakon dalam filem sekuel 'Wolf Warrior 2'. Bersama 'menemani' Wu Jing ialah pelakon, Yu Nan (The Expendables 2) secara rasmi disahkan kembali untuk sekuel itu. Sekuel kedua ini memberi peluang pada Wu Jing untuk selangkah maju ke hadapan selain bertindak pengarah filem aksi ini.

Untuk kali ini Wu Jing akan bekerjasama dengan kepakaran aksi dari Hollywood. Joe Russo menyatakan: "Kami membantu Wu Jing pada Wolf Warrior 2. Kami memperkenalkan dia ke suatu hubungan kami dalam perniagaan, seperti sebuah pasukan lagak ngeri yang akan datang dan bekerja keras dengan beliau untuk meningkatkan tahap aksi dalam filem kali kedua ini. Permintaan kali ini dia benar-benar mahu memberi kelainan mengatasi filem pertamanya."

Jumaat, 25 November 2016

Underworld 5 : Blood Wars ~ Selene Bermandi Darah Lagi!


INI merupakan sekuel kelima filem francais 'Underworld'. Kali ini Theo James (Divergent) berjaya mengembalikan Selene sebagai sekutu David, ketika muncul dalam 'Underworld : Awakening'. Pelakon British Tobias Menzies (Outlander, Rom) dan Lara Pulver (Sherlock) mengambil peranan masing-masing sebagai pemimpin Lycan baru yang menggerunkan dan 'vampire' garang bercita-cita tinggi. Manakala Charles Dance (Game of Thrones) sekali lagi memainkan 'vampire' tua iaitu watak Thomas. Selain itu, James Faulkner (Game of Thrones), Peter Andersson (The Girl with Tattoo Dragon), pendatang baru Clementine Nicholson, Bradley James (A & E Upcoming Damien) dan Daisy Head (The Upcoming Fallen) turut terlibat dalam filem ini.


Pengarah filem Anna Foerster, adalah pengarah yang sebelum ini mengarah beberapa siri drama episod seperti Criminal Minds dan Outlander. Anna juga terkenal dengan kerja-kerja beliau yang begitu sinematografi. Antaranya filem-filem blockbusters yang epik dihasilkannya seperti Indenpendence Day, Day After Tomorrow dan White House Down. Skrip filem pula telah ditulis oleh Cory Goodman (The Last Witch Hunter, Priest) dan masih mengikut jalan cerita berdasarkan watak-watak asalnya dicipta oleh Kevin Grevioux, Len Wiseman dan Danny McBride. Seperti biasa Lakeshore Entertainment biasanya mengeluarkan filem-filem yang bermutu.

Saksikan filem ini yang bakal menemui peminat bermula pada 6 Januari 2017 di pawagam seluruh dunia!

Khamis, 24 November 2016

The Great Wall ~ 'Tembok Khayalan' Ciptaan Zhang Yimou


SELAIN Orlando Bloom dan Arnold Shwarzenegger, Matt Damon turut menyertai kelompok bintang Hollywood menjayakan projek filem China khususnya. Filem 'The Great Wall' yang diarahkan oleh Zhang Yimou (Hero, House of Flying Daggers). 'The Great Wall' menceritakan kisah sebuah pasukan elit membuat pendirian berani untuk umat manusia apabila bertindak mempertahankan struktur yang paling ikonik di dunia. Filem terbesar dalam sejarah China yang pernah dilakukan dan penggambaran sepenuhnya berlaku di China. The Great Wall turut dibintangi Jing Tian, ​​Pedro Pascal, Willem Dafoe dan Andy Lau.


Butiran plot telah muncul melalui Pulse Movie Asia menyatakan bahawa 'The Great Wall' akan mencampurkan unsur-unsur Sci-Fi ke dalam cerita dengan memberi gambaran sebab 'sebenar' tembok ini dibina. Kononnya mengikut mitos ianya dibina untuk melindungi dari  'pencerobohan makhluk mitos gergasi'. Dalam pertempuran yang dashyat ini, manusia memilih untuk mengukuhkan pertahanannya dengan berlindung di dalam tembok besar yang dibina. Ada kemungkinan filem ini akan menjadi seperti 'Pacific Rim', sebuah filem epik sejarah yang diarahkan oleh Zhang Yimou luar dari kotak pemikiran kita. Ini pasti akan menjadi menarik.


Dalam satu perkembangan terkini, tarikh pengeluaran filem ini di pawagam perdana telah ditetapkan pada 17 Februari 2017! Apa-apapun kita tunggu maklumat lanjut mengenai filem ini dalam masa terdekat!

Rabu, 23 November 2016

S.M.A.R.T CHASE - Orlando Bloom Ke Pasaran Hong Kong


SEMAKIN ramai bintang Hollywod menerokai pasaran di China. Filem S.M.A.R.T Chase : Fire & Earth, dihasilkan oleh syarikat Orlando Bloom sendiri iaitu BlissBloom Productions. Filem ini berjaya mengumpulkan barisan pelakon handalan Cina seperti Simon Yam, Jing Tian (The Great Wall, Special ID), Lynn Hung (Ip Man Trilogy), Hannah Quinlivan (Step Back to Glory), Leo Wu, Cao Kefan, Liu Enyou, pelakon Korea Selatan Lee Jung-Jae (Assassination) dan pelakon seni mempertahankan diri Xing Yu (The Wrath of Vajra).

S.M.A.R.T Chase: Fire & Earth, mengisahkan Danny Stratton (Bloom), seorang ejen keselamatan swasta, yang diberi peluang keemasan untuk mengiringi barangan antik Cina yang paling berharga daripada Shanghai. Ketika dalam perjalanan mengiringinya, mereka diserang hendap. Demi keselamatan seorang wanita dicintai dalam perjalanan berbahaya itu, Danny sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan. Namun, dengan keupayaan yang terbatas, Danny perlu bekerjasama dengan pasukan pakar-pakar keselamatan S.M.A.R.T. untuk membantunya. Melalui bantuan tersebut, Danny berjaya membongkar konspirasi dahsyat yang menyelubungi operasi tersebut.

Selasa, 22 November 2016

Only The Strong ~ Angkat Martabat Seni Beladiri Capoiera


LOIUS Stevens (Mark Dacascos), berkhidmat sebagai ahli unit tentera elit selama beberapa tahun. Setelah menamatkan perkhidmatan Loius pulang semula ke kampung halamannya di Florida. Namun, dia kecewa dengan apa yang terjadi pada sekolah tinggi lamanya. Dia melihat pelbagai gejala negatif menular di kawasan sekolah dan kediamannya seperti penyalahgunaan dadah, yang kepalai oleh Silverio (Paco Christian Prieto). Silverio menggunakan pelajar sekolah tinggi untuk menjual dadah bekalannya di kawasan sekolah dengan tanpa sekatan oleh pihak sekolah kerana takut ancaman Silverio yang terkenal kerana kejahatannya. Memiliki dan mahir dalam ilmu mempertahankan diri Capoiera, membuatkan Louis tekad untuk menamatkan gejala yang tidak sihat sebaran Silverio. Walaupun begitu, ia tidak semudah yang disangka kerana Silverio juga hebat dalam ilmu Capoiera, maka bertemulah buku dengan ruas!

Tahun : 1993
Pengarah: Sheldon Lettich
Kutipan : 3.274.000 USD (Amerika Syarikat)
Bajet : 6 juta USD (Amerika Syarikat)
Soundtrack : Zoom-Zoom-Zoom, Capoeira Song (Village Brazil), Ogum Drum Music, Paranauȇ

Isnin, 21 November 2016

Chasing The Dragon ~ DY sebagai Pelakon dan Penerbit!


MAKIN berlagak pulak si Donnie 'Yeop' ni... hahaha, saja penulis menulis melawak... Apa-apapun penulis memang antara peminat Donnie Yen sejak dulu lagi dan terbit motivasi untuk menjadi seperti beliau... Cita-cita dan matlamat ada cuma peluang dan ruang je yang belum bertemu dan ketemui... Untuk filem 'Chasing The Dragon' ini Donnie Yen merupakan penerbit dan juga pelakon utama selain Andy Lau turut membintangi filem ini.

Jumaat, 18 November 2016

Noktah Filem Resident Evil dalam 'The Final Chapter'


'BABAK Akhir' Resident Evil sudah hampir penghujungnya. Setelah beberapa siri filem ini dihasilkan akhirnya muncul kemungkinan inilah edisi terakhir filem sekuel 'pontianak' yang dilakonkan oleh Milla Jovovich. Seperti biasa Milla Jovovich akan bergandingan dengan pasangan Ali Larter membawa watak 'Alice' dan 'Claire Redfield'. Manakala filem ini kembali diarahkan oleh Paul W.S. Anderson, seorang pengarah yang pernah menaikkan nama Mortal Kombat. Pelakon yang terlibat ialah Li Bing Bing (Forbidden Kingdom) dan Sienna Guillory (Eragon).


Secara ringkas kisah kali ini ialah Alice terpaksa kembali ke tempat yang mana bermulanya mimpi ngerinya dahulu iaitu Raccoon City, di mana Umbrella Corporation sedang mengumpul tentera untuk serangan akhir pada puak penentang. Dalam masa yang Alice bergabung kembali dengan sekutu lama untuk menangkis serangan musuhnya yang ingin memusnahkan umat manusia yang lalai. Dalam mempertahankan umat manusia Alice kehilangan kekuatan semulajadinya dan menemui kesukaran untuk melawan ancaman dari mayat hidup dan raksasa baru ciptaan musuhnya.

Khamis, 17 November 2016

Karya Aksi Fiksyen Sains Luc Besson Seterusnya ~ VALERIAN


SELEPAS menghasilkan filem-filem seperti 'The Fifth Element' & 'Lucy', Pengarah Luc Besson bersama penulis skrip kegemarannya, Jean Claude Mezieres bergabung kembali bagi menghasilkan sebuah filem aksi fiksyen sains yang bertajuk 'Valerian'. Filem ini digarap atau diadaptasikan berdasarkan sebuah cerita buku komik 'Valerian and the City of Thousand Planets'. Kemungkinan filem ini akan menemui peminat pada 21 Julai 2017.

SINOPSIS: 
Di bawah arahan daripada Komander mereka (Clive Owen), Valerian (Dane DeHaan) dan Laureline (Cara Delevingne) memulakan misi ke bandar antara galaksi dan antara galaksi yang menakjubkan ialah galaksi Alpha, yang mana metropolisnya sentiasa berkembang terdiri daripada beribu-ribu spesies yang berbeza dari semua empat penjuru alam semesta. Alpha, mempunyai tujuh belas juta penduduk berhimpun lebih masa dalam satu-satu masa, yang mana memiliki pelbagai bakat, teknologi dan sumber-sumber yang hebat.


Malangnya, tidak semua orang di dalam galaksi Alpha benar-benar masyarakat yang baik, sebenarnya di kalangan mereka ada menyimpan kuasa luar biasa yang tidak dilihat secara kasar, ini meletakkan bangsa galaksi Alpha dalam bahaya besar kerana dikalangan masyarakat yang berada di situ sedang menanti saat untuk memulakan sesuatu yang tidak baik.

Filem ini dibintangi Dane DeHaan dan Cara Delevingne adalah Clive Owen (Sin City), Ethan Hawke (Trainning Day), Rutger Hauer (Blade Runner), John Goodman (10 Cloverfield Lane), bintang R&B Rihanna (Battleship) dan Kris Wu (XXX: Return of Xander Cage).

Rabu, 16 November 2016

Max Zhang Lawan Fighter UFC Anderson Silva dalam 'The Man With The Dragon Tattoo'


NAMANYA semakin naik di arena filem kung fu Hong Kong, beliau ialah Max Zhang. Pelakon seni mempertahankan diri makin di kenali setelah membuat penampilan dalam filem Ip Man 3 bersetru dengan Donnie Yen dan SPL 2 berseteru dengan Tony Jaa serta Wu Jing. Terbaru, Max Zhang akan menjalani penggambaran filem aksi seterusnya yang bertajuk 'The Man With The Dragon Tattoo', sebuah filem aksi daripada pengarah Fruit Chan (The Midnight After).

Apa yang menarik dalam filem ini nanti ialah kemunculan jaguh UFC, Anderson Silva yang bakal bertarung dengan Max Zhang. Babak itu seperti mengulangi babak pertarungan yang dicipta dalam Ip Man 3 yang mana kemunculan Tyson melawan Donnie Yen. Pelakon lain yang akan beraksi menjayakan filem ini antaranya Louis Koo (Flash Point), Annie Liu (Shamo) dan Anderson 'The Spider' Silva! Apa-apapun kita tunggu maklumat lanjut perkembangan filem ini.

Selasa, 15 November 2016

MRS. K : Heroin 'Veteran' Kara Hui Masih Berbisa & 'Jelita'


IKON dan Aktres filem seni mempertahankan diri wanita, Kara Hui (Wu Xia aka Dragon) kembali beraksi di layar perak selepas kali terakhir beraksi dalam filem aksi seni mempertahankan diri Donnie Yen, Wu Xia. Jika anda pernah menonton filem kung fu klasik terbitan Shaw Brothers, Kara Hui merupakan srikandi yang popular dan laku pada era itu. Kerap berlakon bersama Gordon Liu, Lau Kar Leung, David Chiang, Alexander Fu Sheng dan Ti Lung.

Mrs. K telah diarahkan oleh Yuhang Ho (At The End of Day Break). Filem ini mengisahkan seorang wanita (Hui) yang memberikan segala-galanya pergorbanan demi melindungi suami dan anaknya apabila musuh-musuhnya dari masa lalu datang kembali mengancam dan memburunya. Filem ini turut dibintangi leh Simon Yam (SPL), Wu Bai (Time and Tide), Fruit Chan (My Lucky Stars), Kirk Wong (Taking Manhattan), pendatang baru Siow Li Xuan, dan pelakon Malaysia Faizal Hussien serta Dain Said.

Isnin, 14 November 2016

Mission Imposible Akan Menuju Misi Rahsia Edisi ke Enam!


MAKIN lama makin padat intipati filem francais 'Mission Impossilble' yang watak utamanya dilakonkan oleh Tom Cruise sebagai Ethan diteruskan lagi hingga mencecah siri keenam kali ini. Manakala pengarah utama, McQuarrie kembali mengarah filem francais ini termasuk heroin dalam episod 'M.I. Rogue Nation', Rebecca Ferguson telah menyambung peranannya. Kali kita tidak pasti lagi sama ada dia berseteru atau sebaliknya.

Kemungkinan filem ini menemui peminat pada tarikh 27 Julai 2018 dan pembikinan filem ini dijangka bermula pada musim bunga tahun 2017. Sudah tentu ramai yang tak menanti naskhah terbaru ini. Dalam satu sidang akhbar Tom Cruise menyatakan, "Kami sudah mula bekerja sekarang. Kita mungkin akan mula melakukan penggambaran pada musim panas akan datang."

Ahad, 13 November 2016

'Buah Tangan' Ringgo Lam yang Terbaru ~ SKY ON FIRE


PENGARAH filem aksi Hong Kong, Ringo Lam (City On Fire) kini kembali dengan sentuhan filem aksi terbaru iaitu SKY ON FIRE, yang dibintangi oleh DANIEL WU (New Police Story). Daniel Wu digambarkan sebagai seorang ejen keselamatan dalam misi untuk melindungi seorang saintis penyelidikan. Filem merupakan kesinambungan filem Ringo Lam yang klasik pada tahun 1987 iaitu 'City On Fire'.

Manakala Daniel Wu menyatakan persetujuan apabila mendapat tawaran untuk filem ini tanpa berfikir panjang. Ceritanya, "Saya berkata ya tanpa membaca skrip kerana John Woo, Ringo Lam dan Tsui Hark adalah lelaki yang telah memulakan gelombang baru filem aksi klasik di Hong Kong dan saya sentiasa mahu bekerja dengan mereka. Filem ini dipanggil Sky on Fire, tetapi ia boleh juga digambarkan sebagai City on Fire 2."

'Sky On Fire' turut dibintangi Simon Yam (SPL), Amber Kuo (Jian Bing Man), Gordan Lam (Trivisa), Joseph Chan (Wild City) dan Leon Lai (White Vengeance). 'Sky on Fire' mengisahkan apabila satu penyelidikan baru menyembuhkan kanser telah berjaya ditemui selepas beberapa tahun penyelidikannya. Tetapi sebelum sel stem baru ini dapat digunakan untuk menyelamatkan dunia, ianya menjadi bahan untuk menimbulkan huru-hara sehingga membawa pada pertempuran maut...

Sabtu, 12 November 2016

Amy Johnston, Fighter MMA Berentap dalam Female Fight Club!


MEMANG tidak dinafikan, sukar kita ingin melihat filem aksi seni mempertahankan diri watak utamanya wanita. Dulu dalam industri filem aksi Hong Kong terlalu ramai bakatnya, begitu juga Hollywood. Nama-nama seperti Yanin Jeeja, Rin Takeda sebagai cntoh wirawati yang baru muncul alaf ini. Pujian diberikan pada negara Brunei apabila berjaya menghasilkan filem silat yang mana heronya wanita dalam 'Yasmine'.

Di Hollywood, dahulu kita segar mendengar nama seperti Cynthia Rothrock yang sememang seorang pengamal beladiri tegar dengan memiliki beberap tali pinggang hitam dalam 5 beladiri yang berbeza. Baru-baru ini seorang lagi nama pelakon aksi wanita datang dari Hollywood menjelma. Kita mengenali pelakon aksi veteran Dolph Lundgren (The Expendables), beliau akan berlakon kembali untuk sebuah filem seni mempertahankan diri yang akan menampilkan Amy Johnston (Lady Bloodfight) sebagai heronya.


Filem ini diarahkan oleh Miguel A. Ferrer, ia berkisar tentang hidup watak Amy Johnston yang enggan kembali kepada kehidupan lampau yang penuh dosa yang dia ditinggalkan untuk membantu kakaknya terus hidup dan keluar dunia sadis serta pertempuran haram. Filem akan turut dibantu oleh pelakon Sean Faris (Never Back Down), Cortney Palm (Zombeavers), Levi Tran (Furious 7), MMA pejuang Amanda 'THE LADY KILLER' Bell, dan artis mempertahankan diri Chuck Zito (Homefront).

Jumaat, 11 November 2016

Kung Fu Yoga : Jackie Chan & Bollywood Berpisah Tiada


DUBAI!!! Sememangnya kini menjadi tumpuan atau lokasi pilihan pembikin filem seluruh dunia. Antaranya, filem Fast & Furious atau Mission Imposibble. Terbaru, filem Kung Fu Yoga lakonan aktor seni beladiri terkenal, Jackie Chan telah beraksi di sana. Menurut pengarahnya, Stanley Tong menyatakan: "Kami sangat berharap untuk melakukan penggambaran 'Kung Fu Yoga' di Dubai dan lokasi yang kami inginkan sempurna diperolehi untuk dijadikan tabir penggambaran." 

Tambahnya lagi, "bangunan mencakar langit dan tarikan ikonik Dubai diiktiraf di seluruh dunia dan kami teruja untuk bekerjasama dengan industri perfileman dan Suruhanjaya TV Dubai untuk memastikan kelancaran proses penggambaran serta dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan dan berjaya di Dubai." Dalam pada masa sama, Jackie Chan dan pengarah Stanley Tong bersatu kembali untuk filem aksi komedi KUNG FU YOGA ini!


Ini merupakan 'penyatuan' kali pertama selepas tahun 2005 apabila mereka berdua menjayakan filem 'The Myth'. Untuk makluman mereka berdua juga pernah bekerja bersama-sama untuk filem aksi 'klasik' sebelum ini seperti 'Police Story 3' a.k.a 'Supercop' dan 'Rumble In The Bronx'. Memang tidak dinafikan Jackie Chan turut berpengaruh dan ramai peminat di India! 'Kung Fu Yoga' projek usahasama antara Viacom18 Motion Pictures India, China Taihe Entertainment Corp dan Shinework Media. 

Ini akan menjadi kerjasama yang pertama dan juga masa depan baru dibawah perjanjian India - China yang ditandatangani baru-baru ini . Dengan perjanjian tersebut, harapan peminat ingin melihat beberapa nama besar aktor handalan India menyertai filem 'Kung Fu Yoga' mungkin akan kesampaian. Salah seorangnya mungkin Amir Khan. Sebelum ini Aktres Bollywood Bipashu Basu berlakon dalam filem 'The Myth' bersama Jackie Chan.

Khamis, 10 November 2016

Wesley Snipes Lawan Makhluk Asing Dalam 'The Recall'


INGAT pada filem 'Blade'? Trilogi filem hingga 3 bahagian. Kisah seorang wira menentang keganasan vampire yang memudaratkan manusia. Kali ini dari Vampire, Wesley Snipes (Blade) kembali dengan memburu makhluk asing pula. Filem 'The Recall diterajui oleh pengarah Mauro Borrelli (The Ghostmaker), dibintangi oleh Wesley Snipes bersama Hannah Rose Mei (HBO Ballers) dan RJ Mitte (AMC's Breaking Bad).

Sinopsis : Digambarkan seperti filem 'Cabin Fever' gabungan 'Skyline', filem ini mengisahkan sekumpulan rakan-rakan menghabiskan hujung minggu di sebuah kabin di tasik manakala tanpa pengetahuan mereka makhluk asing telah mula menyerang planet Bumi. Beberapa rakan-rakan mereka diculik dan dibawa ke atas kapal oleh makhluk berada di atas, tinggal Annie dan Charlie terpaksa bergantung harap pada seorang pemburu aneh dan berbahaya yang seolah-olah mempunyai pengetahuan khas berhubung serangan itu. Pemburu itu menjelaskan bahawa ini hari yang ditunggu-tunggu olehnya setelah bertahun-tahun lama menanti ramalan 'extraterrestrials' akan membimbing evolusi bumi. Walaupun dengan bantuan pemburu, Annie dan Charlie akhirnya diculik juga tetapi kembali ke bumi pada keesokan harinya. Apabila mereka bangun, semua orang yang diculik kembali ke kabin bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Apabila siaran berita memberi laporan, barulah mereka mengetahui bahawa planet baru sahaja mengisytiharkan perang ke atas 7 juta individu yang telah diculik dan kembali...

Hak pengedaran antarabangsa untuk filem itu telah diperolehi oleh Vantage Media Antarabangsa. Cuma tidak pasti sama ada filem ini bakal terbit di Malaysia atau tidak. Sama-sama kita tunggu keluaran trailer yang akan datang tidak lama lagi!

Rabu, 9 November 2016

Tony Jaa 'Dalam' Ip Man 4, Lawan Seterusnya Muay Thai?


SEPERTI yang kita maklum, Donnie Yen dan pengarah filem IP MAN, Wilson Yip telah bersetuju untuk bergabung lagi bagi menjayakan filem sekuel keempat Ip Man 4. 

"...Saya ingin berkongsi berita yang sangat teruja ini dengan anda semua, kawan baik saya Wilson Yip, telah memutuskan untuk kembali dan terus membuat projek seterusnya bersama-sama, Ipman 4! Ya, I-P-M-A-N bahagian 4!..." ~ Donnie Yen


Ianya semakin hangat apabila kelihatan poster teaser IP MAN 4 pada festival filem Cannes baru-baru ini di Perancis. Apa-apapun kita tetap setia menanti sambungan berikutnya yang mungkin ada kaitan dengan Bruce Lee nanti.

Desas - desus siapa pula 'villain' yang akan menjadi seteru Ip Man nanti belum di ketahui. Namun, Donnie Yen sempat bergurau dengan pelakon seni beladiri Siam, Tony Jaa sewaktu masih di dalam penggambaran filem blockbuster XXX: Return Of Xander Cage. "Ip Man 4"...

Selasa, 8 November 2016

Konspirasi Gerard Butler Seterusnya Air Force One


FILEM ini umpama francais. Ia susulan filem sekuel pertama ‘Olympus Has Fallen’, dan baru-baru ini filem ‘London Has Fallen’ menambah minat penggemar filem aksi berebntuk konspirasi khususnya. GERARD BUTLER (300) sekali lagi memegang peranan utama menjayakan filem ini sebagai ejen perkhidmatan rahsia ‘Mike Banning’ untuk mengakhiri trilogi cerita ini dalam ‘Angel Has Fallen’.

Misi kali ini ia kelihatan seperti Mike Banning sendiri yang akan menjadi sasaran. Namun ianya berubah apabila bahaya itu ditujukan pada Presiden Amerika. ‘Angel’ pula adalah kod misi yang dilabelkan pada pesawat Air Force One. Gerard Butler akan membintangi filem ini dan bersama-sama dengan pencipta francais  filem ini iaitu Creighton Rothenberger dan Katrin Benedikt kembali untuk menulis skrip untuk cerita ini. Produksi dijangka memulakan pengambaran pada awal tahun 2017.

Isnin, 7 November 2016

David Belle bintangi BRUTAL – TASTE OF VIOLENCE


IKON ‘Parkour’ DAVID BELLE terkenal kerana peranan beliau dalam aksi lagak ngeri dan parkour dalam filem aksi Perancis ‘District B13’ dan ‘remake’ dalam filem Hollywood dengan tajuk ‘Brick Mansions’, lakonan bersama mendiang Paul Walker (Fast & Furious). Ikon Parkour ini bakal beraksi dalam siri aksi bertajuk BRUTAL - TASTE OF VIOLENCE.

Siri aksi ini mempunyai 10 episod yang akan diarahkan oleh JULIEN COLONNA dan turut dibintangi VITHAYA PANSRINGARM (Only God Forgives), BYRON GIBSON (Asian Connection), dan PIM BUBEAR (The Man with the Iron Fists). Manakala koreografer aksinya dikendalikan oleh KAZU PATRICK TANG (District B13, Mechanic : Resurrection).

SINOPSIS
Axel Chen (David Belle), bekas pegawai tentera khas, adalah bouncer di kelab malam. Pada satu hari dia telah diserang oleh sekumpulan pelanggan yang menyangka dia adalah salah seorang pembunuh yang membunuh salah seorang daripada kawan mereka. Namun, dia dapat menyelamatkan diri, dan bermula dari peristiwa itu dan menggunakan kesempatan yang ada untuk membuktikan sebenar dirinya tidak bersalah.

Ahad, 6 November 2016

KILL 'EM ALL Projek Terbaru Jean Claude Van Damme


LAPORAN terkini yang keluar melalui IMPACT memberitahu, bintang aksi seni beladiri Jean Claude Van Damme telah menandatangani projek aksi yang bertajuk KILL 'EM ALL. Filem ini digambarkan sebagai 'Usual Suspects Meets Smoking Aces' dengan beberapa sisipan 'dark humor' dyang icampur dengan aksi yang keras dan drama. Fight koreografernya pula akan dikendalikan oleh Peter Malota, yang pernah bekerja dengan Van Damme pada filem sebelumnya seperti 'Double Impact' dan 'The Quest', dan untuk kali ini belaiu sudah bersedia untuk menjadi pengarah filem ini.

Selain Van Damme untuk mengisi watak dalam cerita ini ialah anaknya sendiri iaitu Kris Van Damme (6 Bullets), Peter Stormare (John Wick : Chapter 2) ​​dan bintang filem seni mempertahankan diri Daniel Bernhardt (John Wick).

Sabtu, 5 November 2016

Scott Adkins 'Lawan' Tony Jaa, Iko Uwais & Tiger Chen?


BELUM lagi reda kelibat trio dalam 'Makeshift Squad', namun telah secara rasmi mereka bertiga akan bersama lagi dalam projek baru buat Tony Jaa, Tiger Chen dan Iko Uwais untuk filem 'Triple Threat'. Dalam masa yang sama pengarahnya turut bertukar apabila pengarah filem 'John Wick : Chapter 2' Chad Stahelski akan menggantikan pengarah sebelumnya iaitu Gary Mak.

Kemungkinan jalan ceritanya turut sedikit berubah dan butiran plot cerita secara kasarnya telah diberi gambaran menunjukkan bahawa filem itu akan berkisar tentang seorang artis mempertahankan diri Cina yang pergi ke Mexico untuk menyelamatkan bekas isterinya dan anak mereka selepas mereka diculik oleh kartel dadah.


Oleh kerana publisiti meluas terhadap tiga pelakon seni beladiri ini, aktor seni mempertahankan diri, Scott Adkins (Boyka : Undisputed) secara terbuka mencadangkan dirinya sebagai penjahat filem itu melalui Twitter! Jika tiada halangan tidak dapat kita bayangkan bagaimana aksi mereka nanti apabila bertarung sesama dalam satu filem? Pasti buat peminat tidak sabar menyaksikannya.

Sementara itu Tony Jaa mengumumkan penggambaran akan bermula pada Februari 2017. Menurutnya lagi dia sangat teruja untuk beraksi bersama Iko Uwais dan Tiger Chen.