Halaman

Jumaat, 11 November 2016

Kung Fu Yoga : Jackie Chan & Bollywood Berpisah Tiada


DUBAI!!! Sememangnya kini menjadi tumpuan atau lokasi pilihan pembikin filem seluruh dunia. Antaranya, filem Fast & Furious atau Mission Imposibble. Terbaru, filem Kung Fu Yoga lakonan aktor seni beladiri terkenal, Jackie Chan telah beraksi di sana. Menurut pengarahnya, Stanley Tong menyatakan: "Kami sangat berharap untuk melakukan penggambaran 'Kung Fu Yoga' di Dubai dan lokasi yang kami inginkan sempurna diperolehi untuk dijadikan tabir penggambaran." 

Tambahnya lagi, "bangunan mencakar langit dan tarikan ikonik Dubai diiktiraf di seluruh dunia dan kami teruja untuk bekerjasama dengan industri perfileman dan Suruhanjaya TV Dubai untuk memastikan kelancaran proses penggambaran serta dapat bekerja dalam suasana yang menyeronokkan dan berjaya di Dubai." Dalam pada masa sama, Jackie Chan dan pengarah Stanley Tong bersatu kembali untuk filem aksi komedi KUNG FU YOGA ini!


Ini merupakan 'penyatuan' kali pertama selepas tahun 2005 apabila mereka berdua menjayakan filem 'The Myth'. Untuk makluman mereka berdua juga pernah bekerja bersama-sama untuk filem aksi 'klasik' sebelum ini seperti 'Police Story 3' a.k.a 'Supercop' dan 'Rumble In The Bronx'. Memang tidak dinafikan Jackie Chan turut berpengaruh dan ramai peminat di India! 'Kung Fu Yoga' projek usahasama antara Viacom18 Motion Pictures India, China Taihe Entertainment Corp dan Shinework Media. 

Ini akan menjadi kerjasama yang pertama dan juga masa depan baru dibawah perjanjian India - China yang ditandatangani baru-baru ini . Dengan perjanjian tersebut, harapan peminat ingin melihat beberapa nama besar aktor handalan India menyertai filem 'Kung Fu Yoga' mungkin akan kesampaian. Salah seorangnya mungkin Amir Khan. Sebelum ini Aktres Bollywood Bipashu Basu berlakon dalam filem 'The Myth' bersama Jackie Chan.