ONCE Upon a Time in Shanghai adalah sebuah filem seni mempertahankan diri Hong Kong yang diarahkan oleh Wong Ching -po dan dibintangi Sammo Hung, Philip Ng dan Andy On dan aksi pertarungan dijayakan oleh pasangan koreografi aksi tersohor mereka iaitu Yuen Woo- ping dan Yuen Cheung -yan. Filem ini adalah filem ‘remake’ tahun 1972 iaitu filem Boxer from Shantung yang dibintangi Chen Kuan- tai, yang turut muncul sebagai watak pelakon pembantu dalam filem ini.
Sinopsis
Sejak dari zaman kanak-kanaknya
Ma Yongzhen (Philip Ng) sudah menguasai ilmu seni mempertahankan diri dan
memiliki kemahiran yang unik. Ma Yongzhen mengambil keputusan untuk mengembara
dan meninggalkan kampung halamannya menuju ke Shanghai untuk mendapatkan mata
pencarian. Di sana dia bertemu dengan Chat (Andy On) dan Kedua-dua remaja itu
memiliki impian yang sama dalam seni beladiri dan antara punca mereka serasi
bersama. Oleh itu, tidak hairan melihat mereka berdua cepat berkawan seperti
bersaudara dan saling bantu-membantu pabila melalui detik kesukaran.
Sejak dari itu, kedua-dua
adik-beradik telah bekerja keras melindungi yang hak dan membantu orang dianiaya,
mengalahkan kejahatan dan menumbangkan kumpulan geng kongsi gelap terbesar
iaitu Geng Kapak! Kejayaan itu membuatkan mereka terkenal di seluruh Shanghai.
Pada masa yang sama, Ma juga mendapat bantuan daripada seorang lagenda kung-fu,
Iron Leader (Sammo Hung), untuk melawan musuh mereka.
Geng Kapak pula bertekad untuk
membalas diatas kekalahan mereka. Mereka menyerang balas dan berikrar tidak
mahu gagal lagi. Akibat dari serangan mengejut itu, Chat terbunuh. Ma kesal
tidak dapat membantu Chat yang dianggap sebagai adiknya itu. Lalu dia pula
berikrar untuk memulakan misi membalas dendamnya terhadap Geng Kapak. Adakah misi itu berjaya?
Lakonan : Philip Ng, Sammo Hung, Andy On, Michelle Hu
Lakonan : Philip Ng, Sammo Hung, Andy On, Michelle Hu