TAHUN 2014 ini merupakan 'kebanjiran' cerita-ceita atau filem-filem aksi berunsurkan epik, mitos dan lagenda yang dikeluarkan syarikat penerbitan luar negara khususnya Holywood. Hercules, salah satu daripadanya telah memulakan tayangannya di negara kita pada hari ini (9 Januari 2014) dengan garapan dan olahan yang baharu melalui persembahan yang lebih dekat, canggih dan berkesan hasil teknologi perfileman mereka (Hollywood) yang mendahului kepakaran mengatasi industri filem-filem industri lain. Pada saya sebagai penulis, konsep persembahan sama seperti apa yang pernah saya lihat dalam 300, namun saya mengesan agenda mereka pada tahun ini adalah 'dakwah' secara total untuk menguasai pemikiran manusia. Kita boleh menonton filem ini atas dasar 'semangat inkiuri'. Selamat Menonton!
Sinopsis
HERCULES - Kisah mitos asal wira tamadun Yunani ketika dalam zaman Greek Purba pada tahun 1200 SM. Dia dikhianati oleh bapa tirinya, seorang raja, termakan fitnah bahawa dia hendak menggulingkan pemerintahan zalim raja dan kerana cinta terlarang. Oleh itu, dia dibuang dan dijual sebagai hamba namun pada asalnya Hercules tidak mengetahui kekuatan sebenar yang dimilikinya sebelum itu. tApabila
Hercules mendapat tahu akan kelebihan dan tujuan sebenarnya, dia mesti memilih untuk
menjadi wira sebenar zamannya atau sebaliknya. Cerita
kali ini digarap dan dikemaskini epiknya menjadi sebuah kisah cinta, aksi pengorbanan dan kekuatan semangat manusia.
Lakonan : Kellan Lutz, Liam Mclntyre, Scott Adkins
.
Lakonan : Kellan Lutz, Liam Mclntyre, Scott Adkins
.