Halaman

Isnin, 16 Jun 2014

Transformers - Age of Extinction Bakal Kuasai 'Market' Tayangan Filem Aksi Bagi Bulan Jun 2014


FILEM aksi tetap menjadi pilihan ramai apabila peminat filem berkunjng ke pawagam. Seperti bulan mei lepas kita dapat lihat persaingan filem-filem aksi tempatan dan luar negara bersaing dalam bulan yang padat dengan tayangan filem aksi. Berbeza dalam bulan mei lepas, filem aksi tempatan Abang Long Fadil terpaksa bersaing dengan filem-filem aksi kebanyakkan dari Hollywood (Spiderman, X-Men, Godzilla & Edge of Tomorrow). Dilihat, filem Transformers - Age of Extinction bakal mudah memonopoli pasaran tayangan dipawagam Malaysia yang mana bakal ditayangkan pada umum 26 Jun 2014 ini di seluruh negara.

Mana tidaknya, jika dilihat carta tayangan filem-filem aksi yang bakal ditontonkan bulan jun kepada umum dilihat langsung 'tidak bermaya' jika nak diukur dengan jenama Transformers yang begitu ditunggu-tunggu oleh peminat seluruh dunia. Filem aksi lain yang turut bakal atau telah pun ditayangkan ialah Black Butler (12 Jun 2014 - Japanesse), How To Train Your Dragon pt.2 (12 Jun 2014 - English), Holiday : A Soldier is Never Off Duty (6 Jun 2014 - Hindi), Z Storm (19 Jun 2014 - Cantonesse) dan terakhir bagi bulan Jun ialah 'Robot Besar' nih :p

Berikut adalah senarai tayangan filem-filem aksi yang ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bagi bulan Jun 2014 :-

6 Jun - Holiday : A Soldier is Never Off Duty
12 Jun - Black Butler / How To Train Your Dragon 2
19 Jun - Z Storm
26 Jun - Transformers - Age of Extinction

Ahad, 27 April 2014

Filem-Filem Aksi Pilihan Pada Bulan Mei 2014 di Pawagam Malaysia!


PERSAINGAN sengit filem-filem aksi dalam bulan mei dijangka pada tarikh 29 mei apabila ABANG LONG FADIL akan berentap dengan filem-filem aksi 'import' dan tempatan seperti EDGE of TOMORROW, OVERHEARD 3 dan THE GREAT LION ~ KUNG SENG KENG. Melihat pada jadual tayangan dibawah filem-filem aksi seperti AMAZING SPIDERMAN 2, GODZILLA dan X-MEN ~ DAY OF THE FUTURE PAST selesa tanpa saingan dari filem-filem aksi yang lain. Berikut adalah senarai filem-filem aksi yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia dalam bulan Mei 2014 :

1 Mei 2014
The Amazing Spiderman 2

15 Mei 2014
Godzilla

22 Mei 2014
X-Men ~ Day of the Future Past

29 Mei 2014
Abang Long Fadil
Edge of Tomorrow
Overheard 3
The Great Lion ~ Kung Seng Keng

Jumaat, 25 April 2014

Brick Mansions - 'Tribute' Untuk Paul Walker dan 'Remake' D-13


BRICK Mansion merupakan sebuah filem aksi yang melibatkan kehebatan seni 'parkour' dan beladiri jalanan yang dilakonkan oleh David Belle dan pelakon terkenal Paul Walker. Apa itu 'parkour'? Parkour ialah seni lompatan dari satu koordinat ke satu koordinat. Tidak kira bagaimana ia dilakukan mengikut kemampuan dan kemahiran seseorang. Ada ia seperti akrobatik. Tidak lupa, filem ini adalah antara 'buah tangan' terakhir buat peminat Paul Walker apabila beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri sebelum filem ini ditayangkan.

Untuk makluman, filem ini merupakan versi baru filem aksi Perancis sebelumnya yang bertajuk District 13, diarahkan oleh Camille Delamarre. Filem ini diberi nafas baru dengan sokongan pelakon yang lebih 'ternama' selain Paul Walker iaitu RZA, Robert Maillet dan David Belle sendiri, tetapi saya tidak berapa setuju dengan 'remake' ini sebab menidakkan usaha beberapa pengamal parkour yang berjaya dalam edisi pertama District 13 baru-baru ini.

Sinopsis :
Brick Mansion dikawal oleh ketua yang tidak berperikemanuasian, situasi itu menyebabkan seorang pemuda nekad untuk menumbangkannya. Menyedari ancaman dari pemuda itu, ketua penjenayah tersebut telah menculik kakak pemuda tersebut. Pemuda tersebut cuba menyelamatkan kakaknya tetapi gagal sehingga dia dipenjarakan. Enam bulan kemudian, seorang polis yang menyamar dengan nama Damien telah diberi satu misi penting untuk menyelesaikan kes bom otomatik canggih telah dicuri oleh ketua penjenayah tersebut. Bom tersebut akan meletup dalam masa 24 jam dari masa yang diaktifkan dan Damien kesuntukan masa untuk menyelamatkan keadaan. Oleh itu Damien (Paul Walker) menyarankan polis supaya membenarkan pemuda (David Belle) membantunya untuk menyelesaikan misi tersebut.

Lakonan : Paul Walker, David Belle, RZA, Robert Maillet

Isnin, 24 Mac 2014

Kemuncak Filem Aksi Bulan Mac : Super-Human vs Super-Hero!


27 MAC ini pawagam tempatan Malaysia akan menyaksikan pertembungan 'meraih' tarikan peminat filem tempatan, manakah pilihan utama mereka untuk menonton filem aksi pada akhir bulan mac ini. The Raid - Redemptions sebelum ini tidak mendapat kelulusan FINAS untuk ditayang tetapi pada kali The Raid 2 - Berandal mendapat 'layanan' yang berbeza. Kemungkinan daripada kejayaan The Raid - Redemptions telah membuka ruang untuk The Raid 2 - Berandal menemui peminat tempatan yang dilihat kini lebih 'world-wide'.

The Raid 2 - Berandal sepatutnya ditayang pada 13 mac yang lepas tetapi telah dipinda tarikhnya atas sebab-sebab tertentu dan menjadi saingan buat filem 'super-hero' hollywood iaitu Captain America 2 - The Winter Soldier. Mampukah kedua-dua filem ini menarik peminat tempatan berduyun-duyun turun ke panggung untuk menyaksikan filem ini atau salah satunya tumbang dek saingan kutipan tiket kelak.


Sinopsis The Raid 2 - Berandal
Filem The Raid 2 ini mengisahkan kesinambungan dari The Raid 1 yang mana Rama seorang sahaja yang berjaya dan terselamat dalam sebuah operasi maut ketika menyerbu ke sarang dadah di ibukota. Diatas kejayaan itu Rama yang merupakan anggota polis elit dipanggil kembali untuk menjayakan satu operasi maut. Kali ini Rama ditugaskan menyamar dan memasuki dunia sindiket jenayah kejam yang berlaku di Jakarta, Indonesia.

Lakonan : Iko Uwais, Arifin Putra, Tio Pasukadewo, Julie Estelle, Yayan Ruhain, Cecep Arif Rahman


Sinopsis Captain America 2 - The Winter Soldier
Steve Rodgers cuba menyakini Nick Fury dan S.H.I.E.L.D supaya menerima peranannya dalam transaksi dari dunia 'klasik' ke dunia moden. Selepas transit ke dunia moden telah memperbaharui kehidupannya, Captain America menghadapi cabaran baru selepas dihidup kembali dari kemalangan lepas. Dalam dunia baru tersebut Captain America menemui rakan baru seperti Falcon dan James 'Bucky' Barnes sahabat baiknya yang akan menjadi Winter Soldier.

Lakonan : Chris Evans, Scarlett Johanson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson

Ahad, 2 Mac 2014

Mitos 300 Kembali Lagi Ke Pawagam Malaysia!


300: Rise of An Empire adalah sebuah filem aksi-fantasi Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Noam Murro. Ia adalah susulan daripada filem 300 keluaran tahun 2006, yang berlaku sebelum, semasa dan selepas peristiwa filem tersebut. Zack Snyder, merupakan pengarah filem ini yang juga penulis filem asal, bertindak sebagai penerbit untuk filemnya kali ini dalma 300 : Rise of An Empire.

Barisan pelakonnya pula adalah gabungan pelakon dari edisi pertama dan kebanyakkannya muka baru. Ianya terdiri Sullivan Stapleton, Eva Green, Callan Mulvey, Hans Matheson dan Jack O'Connell. Pelakon sebelum ini seperti Lena Headey, Rodrigo Santoro, Andrew Tiernan dan David Wenham, masih mempunyai peranan mereka dari filem yang pertama. Filem ini bakal menemui peminat tempatan pada 6 Mac 2014 ini.



Sinopsis & Plot
Filem ini merupakan sebuah gambaran grafik sejarah Yunani dalam menghadapi gelombang serangan kedua Parsi ke atas Greece (480-479 SM). Ianya berkisar diantara Themistocles Athens, Artemisia I Caria, serta Xerxes I dari Parsi dan Gorgo, Ratu Sparta. Pertempuran Artemisium melibatkan tentera laut, serentak dengan pertempuran Thermopylae yang sebelum ini dipaparkan dalam 300 (1), dan telah berlaku antara sekutu dari Yunani bandar - negeri-negeri dan empayar Parsi pada September 480 SM, di selat antara tanah besar dan bahagian utara pulau Euboea. Filem ini juga akan memberi tumpuan kepada pertempuran tentera laut Salamis (480BC) di selatan Athens, di mana Artemisia memainkan peranan utamanya dan juga mungkin pertempuran lebih awal daripada Marathon (490BC) dari pencerobohan Parsi yang pertama ke atas Greece. Pertempuran Salamis (rumah wira mitos Ajax) telah berlaku selepas empayar Parsi telah mara ke selatan Greece dan menduduki Athens. Filem ini juga akan memaparkan latarbelakang kisah Xerxes.

Lakonan : Sullivan Stapleton, Eva Green, Callan Mulvey, Hans Matheson, Jack O'Connell, Lena Headey, Rodrigo Santoro, Andrew Tiernan, David Wenham


-

Rabu, 26 Februari 2014

Filem Kantonis Malaysia THE JOURNEY 'Sidekick' KL Gangster Untuk Filem Box-Office Malaysia!


THE Journey, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari). Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.
-
Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011. Sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua! "The Journey" sebuah filem yang memaparkan erti kemanusiaan. Banyak menyentuh tentang isu kekeluargaan, hubungan antara bangsa, penerimaan, perbezaan budaya, persahabatan dan perbezaan bahasa.
-
Sinematografinya cukup cantik kerana setiap babak dirakam dengan sempurna demi mendapatkan paparan yang menarik untuk filem ini.

#sumber oleh : http://www.sinar.fm/

Isnin, 17 Februari 2014

POMPEII - Demi Cinta, Lautan Api Sanggup Di Renangi!


INI baru betul punya filem... Satu gubahan kreatif dan bertepatan dengan pepatah melayu yang berbunyi, 'lautan api sanggup ku renangi'. Itulah industri filem Hollywood sentiasa akan mencari ruang walaupun kecil bagi menerbitkan sesebuah filem yang ada kelainan dan komersil. Hasilnya, latarbelakang ceritanya adalah elemen cinta tetapi 'di AKSI kan'. Satu elemen dan cubaan yang bagus. Bagaimana kesudahannya, akan menemui peminat filem tempatan di Malaysia pada 20 FEBRUARI 2014 ini...

Sinopsis :
Mengisahkan seorang hamba yang bekerja di atas kapal sanggup menempuh cabaran dalam menyelamatkan gadis yang dicintai daripada ditimpa musibah bahaya letusan gunung berapi, Mount Vesuvius. Dalam perjalanan menuju ke Napoli, dia terpaksa melalui saat-saat getir sebagai hamba sebelum sampai ke Coliseum yang tempat kekasih dan sahabatnya terperangkap. Bukan mudah seorang hamba untuk membebaskan diri walaupun niat murninya baik...

Lakonan : Kit Harington, Emily Browning, Kiefer Sutherland, Jared Haris, Jessica Lucas

Ahad, 9 Februari 2014

Bullets Over Petaling Street - Hong Kong 'Kacukan' Malaysia


BEKAS Miss Malaysia Cina Antarabangsa 1998 dan pernah memenangi anugerah Hong Kong TVB artis, Debbie Goh kini aktif berlakon dalam filem tempatan Malaysia. Debbie Goh telah pun selesai penggambaran untuk 'Bullets Over Petaling Street' yang kini berdebar menunggu reaksi peminat filem aksi tempatan, adakah filem aksi komedi tempatan usaha karyawan Cina-Malaysia mampu menyaingi filem-filem aksi genre komedi yang dikeluarkan oleh produksi filem Hong Kong? Itulah persoalannya... Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasilnya apabila filem ini bakal menemui peminat pada 13 Februari 2014 ini.


Sinopsis:
Mengisahkan tentang seorang bintang filem iaitu Angel (Debbie Goh) yang tidak sengaja tiba-tiba menjadi ketua 'Triad' di Petaling Street. Namun, rahsia tentang dirinya terbongkar setelah kebetulan terdapat media yang membuat liputan tentang ketua di Petaling Street ini mendedahkan identitinya. Oleh itu, dia bersembunyi dari pemburuan pembunuh di sebuah restoran Xie Da Xiang yang juga bekas lelaki dahulu...

Lakonan : Debbie Goh, Chen Han Wei, Irene Ang, Jeffrey Cheng, KK Wong, Steve Yap, Cheryl Lee

Rabu, 29 Januari 2014

Transformasi 'Journey to the West' Kepada Monkey King 3D


MONKEY KING adalah sebuah filem Hong Kong -China yang diarahkan oleh Cheang Pou - soi dan dibintangi pelakon seni beladiri terkenal iaitu Donnie Yen sebagai 'protagonis tituler'. Donnie Yen juga bertindak sebagai pengarah aksi filem ini. Pembikinan filem ini bermula di Beijing pada 18 Oktober 2010 dan telah difilemkan di IMAX 3D. Plot dalam filem ini adalah berdasarkan daripada siri fantasi shenmo novel 'Journey to the West' seperti yang tercatat dalam filem klasik dan sastera orang Cina . Filem ini bakal ditayangkan dipawagam Malaysia 30 Januari 2014.

Sinopsis: 
Berdasarkan bab-bab terpilih dalam novel klasik Wu Cheng'en 'Journey To The West', iaitu, mengisahkan peristiwa bagaimana berlakunya pemberontakan oleh Monkey King (lakonan Pelakon Beladiri Terkenal, Donnie Yen) terhadap Jade Emperor of Heaven. 


Lakonan : Donnie Yen, Chow Yun-Fat, Aaron Kwok, Joe Chen, Peter Ho, Kelly Chen, Zhang Zilin, Gigi Leung
-

Ahad, 26 Januari 2014

Robocop 2014 Umpama 'Mospeda' dan 'Kamen Rider Black'


ROBOCOP merupakan filem aksi fiksyen sains terbaru Hollywood yang akan ditayangkan dipawagam Malaysia pada 30 Januari 2014 ini.  Filem Robocop pada kali ini diarahkan oleh José Padilha, adalah filem 'remake' atau pembikinan semula selepas keluaran pertama filem francais ini pada tahun 1987 dengan nama yang sama. oleh itu, keluaran kali ini menjadikannya filem Robocop ini memasuki francais yang keempat. Pada mulanya, 'gerakan' pembikinan semula filem ini dilakukan oleh Gems Skrin dengan mengumumkan mengumumkan pembikinan semula pada tahun 2005, namun, ianya telah dihentikan setahun kemudian. Filem ini ditangguhkan berkali-kali. Akhirnya, filem ini berjaya diterbitkan dan dijadualkan menemui peminat United Kingdom pada 7 Februari 2014 dan di Amerika Syarikat pada 12 Februari 2014 dengan penarafan PG-13 oleh MPAA, menjadikannya filem kedua dalam francais menerima penarafan PG-13, berikutan Robocop 3.


Sinopsis :
Alex Murphy, seorang anggota polis cedera parah kembali ke menyertai skuad polis sebagai 'cyborg' yang kuat bernama Robocop. Walaupun mengalami perubahan fizikal yang tetapi kenangan ngeri menimpa dirinya kuat menghantui dia. Selain daripada itu, Murphy turut menjadi lubuk 'keuntungan' yang dikuasai oleh kepentingan ahli-ahli korporat. Oleh kerana perubahan kehidupan Murphy terpaksa berhadapan dengan pelbagai urusan keselamatan setempat selain dengan konflik peribadinya apabila berubah menjadi hibrid mesin dari manusia sebelum memburu kuasa-kuasa jahat.
 
Lakonan : Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L. Jackson, Abbie Cornish, Michael Keaton, Jay Baruchel

Khamis, 16 Januari 2014

Dari Siri Novel ke Layar Perak - THE FOUR 2


SEBUAH lagi filem aksi komikal selepas STORM RIDERS dan DRAGON TIGER GATE iaitu THE FOUR telah diangkat ke layar perak. Pada hari ini (16 Januari 2014) dipawagam, bermulalah tayangan The Four menjelajah negara kita. Adakah ianya setanding dengan Storm Riders (Ekin Cheng) dan Dragon Tiger Gate (Donnie Yen)? Sama-sama kita saksikan nanti pertembungan Deng Chao dan Collin Chou dalam filem ini. Secara jujur saya tidak pernah membaca novel 'Si Da Ming Bu' (The Four Great Constables) tulisan Wen Riu-An tetapi saya pernah mengumpul buku komik Hong Kong seperti 4 jagoan. Adakah cerita dari komik yang sama saya baca? Kalau benar ianya amat menarik... Apa-apa sama-sama kita saksikan nanti...
-
 
Sinopsis : 
Segalanya bermula apabila empat konstabel polis (zaman kung-fu) ditugaskan menyiasat satu pembunuhan di pinggir bandar, secara tidak sengaja mereka menjumpai petunjuk kepada satu kes pembunuhan keluarga Sheng Ding Tian yang berlaku selepas 12 tahun lalu. Semasa menyiasat kes itu, mereka menemui fakta-fakta mengenai mereka yang lalu mereka menyembunyikannya, namun setelah rahsia terbongkar mereka terpaksa untuk memilih antara dendam lama dan kehidupan baru mereka sesama sendiri. Dan selepas beberapa pertempuran berdarah, akhirnya baharulah mereka jelas mereka terperangkap oleh seseorang yang lebih hebat daripada mereka untuk memusnahkan mereka...

Lakonan : Deng Chao, Liu Yi Fei, Collin Chou, Ronald Cheng

Khamis, 9 Januari 2014

Legend of Hercules - Epik Pertama 'Pra Tamadun' Tirai Tahun 2014


TAHUN 2014 ini merupakan 'kebanjiran' cerita-ceita atau filem-filem aksi berunsurkan epik, mitos dan lagenda yang dikeluarkan syarikat penerbitan luar negara khususnya Holywood. Hercules, salah satu daripadanya telah memulakan tayangannya di negara kita pada hari ini (9 Januari 2014) dengan garapan dan olahan yang baharu melalui persembahan yang lebih dekat, canggih dan berkesan hasil teknologi perfileman mereka (Hollywood) yang mendahului kepakaran mengatasi industri filem-filem industri lain. Pada saya sebagai penulis, konsep persembahan sama seperti apa yang pernah saya lihat dalam 300, namun saya mengesan agenda mereka pada tahun ini adalah 'dakwah' secara total untuk menguasai pemikiran manusia. Kita boleh menonton filem ini atas dasar 'semangat inkiuri'. Selamat Menonton!


Sinopsis
HERCULES - Kisah mitos asal wira tamadun Yunani ketika dalam zaman Greek Purba pada tahun 1200 SM. Dia dikhianati oleh bapa tirinya, seorang raja, termakan fitnah bahawa dia hendak menggulingkan pemerintahan zalim raja dan kerana cinta terlarang. Oleh itu, dia dibuang dan dijual sebagai hamba namun pada asalnya Hercules tidak mengetahui kekuatan sebenar yang dimilikinya sebelum itu. tApabila Hercules mendapat tahu akan kelebihan dan tujuan sebenarnya, dia mesti memilih untuk menjadi wira sebenar zamannya atau sebaliknya. Cerita kali ini digarap dan dikemaskini epiknya menjadi sebuah kisah cinta, aksi pengorbanan dan kekuatan semangat manusia.

Lakonan : Kellan Lutz, Liam Mclntyre, Scott Adkins
. 

Selasa, 7 Januari 2014

Sahabat, Impian & Darah Mewarnai Naskhah 'Once Upon a Time in Shanghai'


ONCE Upon a Time in Shanghai adalah sebuah filem seni mempertahankan diri Hong Kong yang diarahkan oleh Wong Ching -po dan dibintangi Sammo Hung, Philip Ng dan Andy On dan aksi pertarungan dijayakan oleh pasangan koreografi aksi tersohor mereka iaitu Yuen Woo- ping dan Yuen Cheung -yan. Filem ini adalah filem ‘remake’ tahun 1972 iaitu filem Boxer from Shantung yang dibintangi Chen Kuan- tai, yang turut muncul sebagai watak pelakon pembantu dalam filem ini.

Sinopsis
Sejak dari zaman kanak-kanaknya Ma Yongzhen (Philip Ng) sudah menguasai ilmu seni mempertahankan diri dan memiliki kemahiran yang unik. Ma Yongzhen mengambil keputusan untuk mengembara dan meninggalkan kampung halamannya menuju ke Shanghai untuk mendapatkan mata pencarian. Di sana dia bertemu dengan Chat (Andy On) dan Kedua-dua remaja itu memiliki impian yang sama dalam seni beladiri dan antara punca mereka serasi bersama. Oleh itu, tidak hairan melihat mereka berdua cepat berkawan seperti bersaudara dan saling bantu-membantu pabila melalui detik kesukaran.



Sejak dari itu, kedua-dua adik-beradik telah bekerja keras melindungi yang hak dan membantu orang dianiaya, mengalahkan kejahatan dan menumbangkan kumpulan geng kongsi gelap terbesar iaitu Geng Kapak! Kejayaan itu membuatkan mereka terkenal di seluruh Shanghai. Pada masa yang sama, Ma juga mendapat bantuan daripada seorang lagenda kung-fu, Iron Leader (Sammo Hung), untuk melawan musuh mereka.

Geng Kapak pula bertekad untuk membalas diatas kekalahan mereka. Mereka menyerang balas dan berikrar tidak mahu gagal lagi. Akibat dari serangan mengejut itu, Chat terbunuh. Ma kesal tidak dapat membantu Chat yang dianggap sebagai adiknya itu. Lalu dia pula berikrar untuk memulakan misi membalas dendamnya terhadap Geng Kapak. Adakah misi itu berjaya?

Lakonan : Philip Ng, Sammo Hung, Andy On, Michelle Hu

Isnin, 6 Januari 2014

Balistik - Adakah Sehebat dan Sepantas Pelurunya?


PADA mulanya bunyi tajuknya sama seperti cerita Ballistic lakonan Antonio Banderas dan Lucy Liu pada tahun 2002, rupa-rupanya bukan, ianya dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia Rosyam Nor. Balistik merupakan filem arahan Silver Chung yang diterbitan oleh RK Screen & Asia Tropical Film, manakala pengedarannya dilakukan oleh Skop Production Sdn Bhd. Sebuah filem aksi tempatan dengan menggabungkan barisan pelakon popular industri perfileman Melayu dan Cina bagi menjayakan 'misi' Silver Chung mengangkat genre aksi tempatan. Tahniah atas usaha ini. Bakal menemui anda pada 9 Januari 2014 ini dipawagam tempatan...

Sinopsis
'Balistik' menceritakan kisah SAGA (lakonan Rosyam Nor), pembunuh upahan dan ahli geng kongsi gelap tempatan. Melihat pada gaya hidup yang penuh risiko dan berbahaya itu, isterinya, SALINA (lakonan Rita Rudaini) mengambil keputusan meninggalkan SAGA dan anaknya. Selepas enam tahun, SAGA bertemu kembali dengan SALINA, tetapi dia kini menjadi isteri orang. SALINA telah menjadi isteri kepada INSPEKTOR NIZAM, yang juga merupakan sahabat baik SAGA ketika mereka berada di rumah anak yatim. Hubungan baik akhirnya 'terpisah' dek peranan dan profesion masing-masing. SAGA dengan penglibatan dalam jenayah, manakala INSP. NIZAM pula setia pada undang-undang. Situasi tersebut membuatkan mereka berbelah bagi apabila INSP. NIZAM terpaksa menurut arahan untuk membasmi jenayah dan SAGA diperintahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menjadi batu penghalang pada aktiviti mereka ...

Lakonan : Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim, Jason Phang, Gan Mei Yan, Jeff Chin

Rabu, 1 Januari 2014

Nu Image Teruskan Kehebatan Scott Adkins Menerusi Ninja 2 : Shadow of Tear


NINJA : Shadow of Tear (juga dikenali sebagai Ninja II) adalah sebuah filem aksi-‘thriller’ seni mempertahankan diri yang diarahkan oleh Ishak Florence dan dibintangi Scott Adkins, Kane Kosugi, Mika Hijii dan Shun Sugata. Ia adalah sekuel kepada filem Ninja pada tahun 2009. Filem ini melakukan penggambarannya di Bangkok, Thailand dan membuat tayangan perdananya di Fantastic Fest 2013 di Austin, Texas. Ianya turut dikeluarkan untuk dimuat turun melalui iTunes pada 17 Disember 2013 dan dijadualkan cetakan dalam Blu -ray dan DVD untuk umum pada 31 Disember.

Sinopsis
Casey Bowman telah menetap di dojo ninja Koga dan berkahwin Namiko Takeda, yang mana telah mengandungkan anak pertama mereka. Satu hari, semasa membeli-belah loket di bandar, dia telah bergasak dengan 2 orang penyangak bersenjatakan. Kemudian pada malam itu, Casey pergi membeli-belah barang runcit, sewaktu hendak membeli dia terlupa dompetnya tertinggal dirumah, lalu dia bergegas pulang. Setibanya dirumah, alangkah terkejutnya apabila mendapati Namiko mati dibunuh, tekaknya dikelar dengan senjata kawat berduri. Pada hari pengebumian, dojonya dikunjungi oleh bekas pelajar bernama Nakabara, beliau menawarkan Casey untuk berlatih di dojo di Thailand untuk meringankan kesedihannya, tetapi Casey enggan tawaran itu. Teringat akan gaya pertempuran daripada penyangak yang dihadapi tempohari, Casey menyerbu ke dojo Azuma untuk mengetahui hal yang sebenar. Berjayakah Casey mengesan pembunuh isterinya dan siapakah dalang yang sebenarnya... 


Produksi
Pada November 2012, Nu Imej dan Millennium Filem mengumumkan bahawa filem Ninja 2 : Shadow of Tear merupakan filem francais Ninja seterusnya, dengan Ishak Florence kembali ke kerusi pengarah. Manakala heronya, Scott Adkins dan Mika Hijii telah disahkan untuk mengulangi peranan mereka seperti dalam filem yang pertama. Kane Kosugi pula disahkan di laman web beliau bahawa dia akan bermain watak antagonis baru dalam sekuel ini. Fight koreografer Akihiro "Yuji" Noguchi digantikan dengan Cina-Sweden, iaitu seorang artis mempertahankan diri bernama Tim Man (Kill Bill). Penggambaran keseluruhannya selesai di Bangkok, Thailand, pada Februari 2013 dan filem ini menjalani proses pasca penerbitan sebelum 'pelepasan' dijadualkan lewat tahun 2013. Pada Julai 2013, Adkins mengumumkan dalam laman Facebooknya bahawa filem itu secara rasmi dengan bertajuk Ninja : Shadow daripada Tear.

'Reception' (Penerimaan Umum)
Fred Topel wartawan dan pengkritik filem daripada laman CraveOnline memberi pengiktirafan untuk filem ini dengan penarafan mata 7.5 daripada 10 mata maksimun buat sesebuah filem, memetik kenyataahnya seperti berikut, "penuh dan padat dengan adegan pertarungan : satu karya aksi yang benar-benar hebat sama ada Casey yang melakukan atau tidak dalam menentang orang jahat yang jarang ada atau kita saksikan buat filem aksi Hollywood."