ARNOLD Schwarzenegger seperti ‘membuat rumah sendiri’ di China,
menandatangani kontrak projek $ 200 juta sekaligus menjadi projek termahal
dalam sejarah perfileman China yang mana beliau melayakkannya bergandingan
bersama Jackie Chan untuk filem terbaru ‘Journey To China’. Penggambaran Filem ini
dijangka bermula pada Mac tahun 2017. Ini merupakan kali kedua Jackie Chan dan
Arnold Shwarzenegger bersama selepas kali terakhir dalam filem Around the World
in 80 Days pada tahun 2004.
Filem ini akan diterbitkan leh
Beijing Ajimo, sebuah syarikat pelaburan yang bakal menerbitkannya dalam bentuk
3D dan 2D. Dalam cerita ini, Arnold akan memegang watak sebagai Pelancong Asing
datang ke sebuah kawasan di China bernama Sangxidui. Proses penggambaran filem
ini yang bermula Mac 2017 memakan masa lebih kurang 2 tahun untuk disiapkan dan
bersedia menemui peminat pada tahun 2019. Lokasi yang dipilih untuk
penggambaran filem ini adalah di Beijing, Russia dan London.