POLICE Story 2013 merupakan filem aksi ‘perangi jenayah’ Hong Kong yang akan datang ke Malaysia pada 24 Disember ini, dibintangi oeh Jackie Chan dalam satu lagi reboot siri filem Police Story buat kali ini. Filem ini diarahkan oleh Ding Sheng, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Jackie Chan dalam filem Little Big Soldier. Menurut Jackie Chan, tidak seperti sebelumnya, dalam filem-filem Police Story yang mana beliau digambarkan dengan watak sebagai polis Hong Kong, berbeza pula dalam filem terbaru ini. Dia akan digambarkan dengan watak sebagai seorang pegawaipolis dari Tanah Besar China. Sama seperti New Police Story, edisi 2013 kali ini turut menampilkan sisi gelapnya yang lebih daripada sebelumnya yang kerap beraksi dalam mood komedi.
Produksi
Penggambaran
Police Story 2013 bermula pada bulan
November 2012 di Beijing. Untuk mendalami dan menjayakan peranannya, Jackie Chan
memotong rambutnya menjadi pendek sama seperti rupa seorang pegawai tanah besar
China. Mengenai peranan barunya, Jackie Chan menyatakan secara terang dalam
akaun laman sosial Sina Weibo beliau;
"Saya telah banyak kali memegang watak sebagai pegawai polis dalam filem sebelum ini, tetapi saya tidak pernah melakonkan watak yang benar-benar memberi tumpuan kepada kehidupan dan tekanan sebagai seorang anggota polis tanah besar . Jadi kali ini, saya mendapat peluang untuk memenuhi kehendak dan peranan watak ini."
Penggambaran
siap sepenuhnya pada bulan Februari 2013 dan memasuki pasca-produksi bermula dengan
pelakon rakaman semula dialog mereka.
Tayangan Umum
Tayangan
awam Police Story 2013 telah diadakan
di Beijing pada Festival Filem Antarabangsa 2013 pada bulan April 2013. Jackie Chan
turun padang untuk mempromosikan filem tersebut di Cannes Festival Filem pada
bulan Mei 2013. Filem ini akan menemui peminatnya pada 24 Disember 2013 di China
dan juga serentak tayangan dipawagam sekitar Malaysia.