"...Benarlah kata orang, makin tua makin berminyak, makin tua banyak manfaatnya... Itulah ungkapan yang boleh kita berikan kepada bekas hero filem 'wirawan antarabangsa', Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger... Kedua-duanya pernah bersaing dalam penghasilan filem aksi 'patriotik' buatan Amerika... 'Rambo & Comando', kini mereka boleh bersama menjayakan filem aksi lagi... Atas usaha Stallone sendiri juga mengumpulkan 'hero-hero tua' dalam satu seperti 'The Expendables'... Bermula dari situ kedua-dua 'orang gagah' ini bersama... Kini mereka bergandingan lagi dalam filem terbaru 'Escape Plan'... Mungkin salah satu filem aksi yang boleh kita tonton kerana idea dan jalan cerita ini juga menarik..."
Jalan Cerita :
Ray Breslin merupakan bekas penguatkuasa
utama dunia yang pakar dalam keupayaan keselamatan
struktur sesuatu penjara secara maksimun. Dia menghabiskan hidupnya masuk ke penjara untuk
belajar tentang reka bentuk dan mengenali tabiat pengawal untuk mencari dan mengeksploitasi
kelemahan mereka, sekali gus membolehkan dia mencari ‘modal’ untuk melarikan
diri tanpa suatu halangan. Satu
hari, dia dan rakan perniagaannya Lester Clark ditawarkan perjanjian jutaan
dolar oleh ejen CIA Jessica Miller untuk menguji sebuah penjara rahsia dan perlu
membuktikan apa yang direkanya terbukti berkesan. Breslin
bersetuju dengan perjanjian itu dan membenarkan dirinya ditangkap di New
Orleans, Louisiana, dibawah nama pengganas Bahasa Sepanyol dinamakan ‘Portos’. Tanpa
diduganya, dia menjadi mangsa penipuan melalui pelan yang dirancang. Dia telah
ditipu apabila tiba dipenjara dia ditangkap atas jenayah mengeluarkan
pengesanan mikrocip dari bahu dan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara. Oleh itu, dia perlu mencari jalan keluar untuk untuk
melarikan diri dan mencari dalang
yang meletakkan dia dalam bahaya di
belakang tabir besi tersebut.
Lakonan
: Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, 50 Cent