Halaman

Rabu, 25 Disember 2013

Tokan - Menuntut Kelainan Pada Zizan Razak


SEBELUM ini kita sering menonton pelakon komedi popular Malaysia dalam kebanyakkan filem-filem lawak komedi. Kali ini dalam TOKAN, kita akan dapat melihat kelainan yang dibawa oleh Zizan. Mungkin kebetulan atau tidak, filem yang sedang ditayangkan iaitu POLICE STORY 2013 lakonan Jackie Chan turut menampilkan ciri-ciri watak yang lari pada karakter asal filem tersebut. Dalam TOKAN begitu juga, kita akan dapat melihat sisi 'gelap' Zizan dalam filem ini. TOKAN kini telah ditayangkan di seluruh panggung filem Malaysia bermula hari ini (26 Disember 2013). Selamat menonton semua, yang penting berilah sokongan untuk filem Malaysia terutama filem-filem aksi!



Sinopsis
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua toakn di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau. Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusf berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano. Rano, seorang tentera dan menaraik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia.Di samping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.

Rabu, 18 Disember 2013

'Sisi' Gelap dan Ganas Jackie Chan Dalam Police Story 2013


POLICE Story 2013 merupakan filem aksi ‘perangi jenayah’ Hong Kong yang akan datang ke Malaysia pada 24 Disember ini, dibintangi oeh Jackie Chan dalam satu lagi reboot siri filem Police Story buat kali ini. Filem ini diarahkan oleh Ding Sheng, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Jackie Chan dalam filem Little Big Soldier. Menurut Jackie Chan, tidak seperti sebelumnya, dalam filem-filem Police Story yang mana beliau digambarkan dengan watak sebagai polis Hong Kong, berbeza pula dalam filem terbaru ini. Dia akan digambarkan dengan watak sebagai seorang pegawaipolis dari Tanah Besar China. Sama seperti New Police Story, edisi 2013 kali ini turut menampilkan sisi gelapnya yang lebih daripada sebelumnya yang kerap beraksi dalam mood komedi.

Produksi
Penggambaran Police Story 2013 bermula pada bulan November 2012 di Beijing. Untuk mendalami dan menjayakan peranannya, Jackie Chan memotong rambutnya menjadi pendek sama seperti rupa seorang pegawai tanah besar China. Mengenai peranan barunya, Jackie Chan menyatakan secara terang dalam akaun laman sosial Sina Weibo beliau;
"Saya telah banyak kali memegang watak sebagai pegawai polis dalam filem sebelum ini, tetapi saya tidak pernah melakonkan watak yang benar-benar memberi tumpuan kepada kehidupan dan tekanan sebagai seorang anggota polis tanah besar . Jadi kali ini, saya mendapat peluang untuk memenuhi kehendak dan peranan watak ini."

Penggambaran siap sepenuhnya pada bulan Februari 2013 dan memasuki pasca-produksi bermula dengan pelakon rakaman semula dialog mereka.

Tayangan Umum
Tayangan awam Police Story 2013 telah diadakan di Beijing pada Festival Filem Antarabangsa 2013 pada bulan April 2013. Jackie Chan turun padang untuk mempromosikan filem tersebut di Cannes Festival Filem pada bulan Mei 2013. Filem ini akan menemui peminatnya pada 24 Disember 2013 di China dan juga serentak tayangan dipawagam sekitar Malaysia.

Isnin, 16 Disember 2013

47 Ronin - Realisasi ‘Dunia Ahli - Ahli Sihir dan Gergasi’


47 RONIN adalah 2013 filem aksi fantasi Amerika mengisahkan fiksyen tentang empat puluh tujuh orang Ronin, iaitu kisah benar sekumpulan samurai pada abad ke-18 Jepun yang ingin membalas dendam terhadap pembunuhan tuan mereka (cerita, drama dan persembahan dramatik lain daripada cerita 47 Ronin ini biasanya dirujuk sebagai Chushingura di Jepun). Dihasilkan oleh Universal Studios, filem ini diarahkan oleh Carl Erik Rinsch dan bintangnya Keanu Reeves, Rinko Kikuchi, Tadanobu Asano, Hiroyuki Sanada dan bakat dari sekolah pelakon Jepun. Penggambaran bermula di Budapest, Hungary pada Mac 2011; kemudian ke Shepperton Studios di London dan berakhir di Jepun. Tarikh siarannya dipindahkan dari 21 November 2012, 8 Februari 2013 dan kemudiannya untuk Hari Krismas 2013.

Sinopsis
Kai orang buangan (Reeves ) telah menyertai sekumpulan ronin yang diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Sanada), yang bertujuan untuk membalas dendam terhadap Tuhan Kira (Asano)  kerana membunuh tuan mereka dan menghalau kumpulannya. SekumpulanRronin ini memulakan perjalanan dengan cabaran-cabaran yang akan dihadapinya ialah dengan mengalahkan pahlawan lain yang hebat.



Produksi
47 Ronin diarahkan oleh Carl Erik Rinsch berdasarkan lakon layar oleh Chris Morgan dan Hossein Amini. Walaupun filem ini adalah berdasarkan kisah benar daripada empat puluh tujuh Ronin, tetapi ia telah diadaptasi dan dimasukkan unsur-unsur  fantastik, sehinggakan produksi menyediakan set-set besar bagi realisasikan ‘dunia ahli-ahli sihir dan gergasi’ dalam filem ini benar-benar hidup dan wujud. Studio Universal Pictures mengumumkan projek ini pada Disember 2008 dengan pelakon Keanu Reeves dicalonkan sebagai bintang utama. 


Pelbagai rumors telah kedengaran antaranya, ‘Filem ini akan diolah ceritanya dengan mencampurkan unsur-unsur fantasi perkara yang sama dilihat dalam fiem ‘The Lord of the Rings’, dengan adegan pertempuran cekal pertaliannya seperti Gladiator. Universal Studio merancang untuk menghasilkan filem itu pada tahun 2009 selepas menemui seorang pengarah yang sesuai. Pada bulan November 2009, Universal memulakan perbincangan dengan Rinsch untuk mengarahkan filem ini. Untuk Rinsch , ianya merupakan peluang dan debut terbaiknya untuk filem ini.

Pada Disember 2010, studio mengumumkan bahawa filem itu akan dihasilkan dan dikeluarkan pada 3D antara Mac dan April 2011, lima pelakon Jepun telah ujibakat bersama Reeves . Hiroyuki Sanada , Tadanobu Asano, Rinko Kikuchi, Kou Shibasaki dan Jin Akanishi. Diatas keunikan dan kebolehan dalam lakonan mereka, Universal memilih mereka untuk membuat cerita yang lebih sahih dan bukannya memilih pelakon yang akan dikenal pasti di Amerika Syarikat. Universal menyediakan bajet yang besar untuk Rinsch dengan anggaran $170,000,000 walaupun dia kekurangan pengalaman dalam filem seperti yang wartawan ‘The Hollywood’ dianggap sebagai ‘large scale, downright risky-move’. 


Penggambaran bermula pada 14 Mac 2011 di Budapest. Origo Filem antara kumpulan yang menyumbang dana kepada filem ini. Produksi berpindah ke Shepperton Studios di United Kingdom dan berakhir penggambaran tambahannya di Jepun. Reeves berkata adegan yang difilemkan pertama dalam bahasa Jepun untuk membiasakan pelakon dan kemudiannya adegan yang difilemkan lagi dalam bahasa Inggeris. Kostum pelakon telah direka oleh Penny Rose yang berkata, “Kami memutuskan untuk mereka fesyen asas yang selari dengan budaya dan apa yang sepatutnya dibentuk”.

'Reshoot'
Penggambaran semula telah dilakukan di London pada akhir bulan Ogos 2012, ditangguhkan oleh kerana Sukan Olimpik dan debut oleh Keanu Reeves dalam filem Man Tai Chi yang diarahnya sendiri.

Tayangan
47 Ronin pada asalnya dijadualkan akan dikeluarkan pada 21 November 2012, kemudian ditukar tarikhnya ke 8 Februari 2013 kerana menambah baik keperluan untuk kerja-kerja mengenai kesan-kesan visual 3D. Ia kemudiannya ditangguhkan ke 25 Disember 2013, namun di Malaysia ianya akan ditayangkan 19 Disember 2013.

-

Khamis, 12 Disember 2013

Hobbit 2 - The Desolation of Smaug Lebih 'Adventure' dari Hobbit 'The Unexpected Journey'

"...Melihat pada trailer filem ini, pasti akan lahir perasaan membuak-buak dan tidak sabar buat anda untuk menonton filem ini dipawagam. Apa tidaknya, watak-watak dalam episod kedua ini lebih besar serta disokong oleh beberapa watak dalam filem Lord of the Ring seperti Legolas dan Elves selain Gandalf. Dalam kata lain ianya akan menjadi kegilaan seperti filem trilogi LOTR seperti sebelumnya. Kini ianya dipawagam negara kita pada hari ini (12 Disember 2013). Moga anda terhibur dan yang lebih penting industri filem kita patut belajar dari apa yang kita lihat..."

Jalan cerita :
Selepas berjaya menyeberangi (halangan bawah tanah) Pergunungan Misty, Thorin dan ‘pakatan’nya perlu mendapatkan bantuan daripada orang yang tidak dikenali yang berkuasa sebelum mengambil risiko menempuhi Forest Mirkwood - tanpaWizard’ mereka. Jika mereka berjaya tiba ke penempatan manusia di Tasik-Bandar, ia akan menjadi masa untuk Bilbo Baggins untuk memenuhi janjinya pada dwarf. Penggembaraan itu perlu melengkapkan perjalanannya ke Gunung Lonely dan Bilbo Baggins mesti mencariPintu Rahsia’ yang akan memberi mereka akses kepada tempat simpanan harta karun Smaug naga. Dalam masa yang sama Gandalf pula melakukan aktiviti ‘perniagaan rahsia’ ke selatan, apakah ‘urusan rahsia’ itu?

Lakonan : Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Hugo Weaving, Andy Serkis, Christopher Lee, Orlando Bloom, Cate Blanchett, Evangeline Lilly, Benedict Cumberbatch
-

Selasa, 29 Oktober 2013

Thor 2 : The Dark World, Lebih Aksi dan Lebih Gagah!

"...Terbitnya blog FILEM AKSI dan SENI BELADIRI ini ialah memberi informasi tentang filem-filem aksi dan seni beladiri yang bakal berada dipanggung Malaysia selain informasi tentang seni beladiri dan tokoh atau pengamal seni beladiri yang terlibat dalam bidang serta perjuangan seni beladiri itu sendiri dalam dunia perfileman... Semoga anda semua boleh jadikan laman blog ini sebagai rujukan untuk informasi terkini tentang penerbitan filem aksi dan seni beladiri dipanggung tempatan seterusnya pemangkin pada tercetusnya revolusi perfileman filem aksi dan seni beladiri tempatan pada masa hadapan..."

Jalan Cerita :
Pada kali, Thor terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih kuat, sehinggakan Odin dan Asgard tidak dapat menahannya. Thor mesti memulakan perjalanan paling sukar dan berbahaya disamping ingin menyelesaikan isi peribadinya, salah satunya yang akan menyatukannya kembali dia dengan Jane Foster dan memaksa dia mengorbankan segala-galanya untuk menyelamatkan kita semua.

Lakonan : Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston


Jumaat, 18 Oktober 2013

'Tom Yum Goong 2' Lebih Gila, Lebih Ngeri Aksinya!

"...Seluruh dunia tahu penghasilan filem aksi seni beladiri kini bukan sahaja Hong Kong sahaja yang mampu lakukan. Terkini, Siam sudah mula mencabar kredibiliti mereka. Oleh itu, tarikh penayangan filem aksi tersebut di Malaysia dilihat turut memainkan peranan bagi menjamin persaingan yang lebih sihat. Mana tidaknya, 18 Oktober 2013 (hari ini), filem aksi lakonan Donnie Yen yang brutal mula ditayangkan. Seminggu kemudian, pada 24 Oktober jika tidak silap giliran filem lakonan Tony Jaa menghangatkan panggung kita. Nampaknya bulan oktober kali ini kita 'berselera' ke panggung kerana dipenuhi dengan cerita aksi yang boleh memenuhi citarasa kita. Tidak lupa juga pada filem aksi tempatan seperti KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober baru-baru ini mendapat kutipan yang memberangsangkan walaupun diselubungi oleh kontroversi 'cetak rompak' lebih awal di internet..."

Jalan Cerita :
Kham (Tony Jaa) telah menjadi suspek dalam kes pembunuhan Suchart iaitu pemilik kem latihan gajah yang berpengaruh... Suchart telah dibunuh dengan tiga serangan tumbukan maut oleh seseorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri.  Kebetulan, Kham (Tony Jaa) adalah individu yang terakhir dilihat berada dan meninggalkan tempat kejadian jenayah berlaku. Menyedari kes jenayah itu dan menjadi suspek buruan utama oleh penguatkuasa, Kham melarikan diri daripada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, Kham turut diburu oleh anak saudara  kembar Suchart  (Jija Yanin dan Teerada Kittisiriprasert). Kham bernasib baik, dia telah dibantu oleh Sgt. Mark (Petchtai Wongkamlao) Interpol yang dihantar dari Sydney untuk mengendalikan beberapa misi rahsia.

Walaupun diburu, Kham terus mencari Khon, gajahnya yang dianggap seperti saudara sendiri yang telah diculik beberapa hari yang lalu. Semakin lama dia meneruskan pencariannya, semakin dekat bahaya dengannya, sehinggakan dia secara tidak langsung dia terlibat dalam konflik pertubuhan rahsia yang diketuai oleh LZ bos besar yang sangat ghairah dalam mengumpul pejuang-pejuang tempur tangan kosong dari seluruh dunia ke dalam pertubuhan rahsianya. Pejuangnya yang seperti '20' (Ratha Pho - ngarm) dan '2' (Maritz) berlumba-lumba untuk menangkap Kham dalam memenuhi objektif bos mereka.

Lakonan : Tony Jaa, Maresse Crump, Jeeja Yanin, Dan Chupong 
-
 

Khamis, 17 Oktober 2013

Escape Plan Uji Kudrat 'Kuda Tua' Rambo dan Komando

"...Benarlah kata orang, makin tua makin berminyak, makin tua banyak manfaatnya... Itulah ungkapan yang boleh kita berikan kepada bekas hero filem 'wirawan antarabangsa', Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger... Kedua-duanya pernah bersaing dalam penghasilan filem aksi 'patriotik' buatan Amerika... 'Rambo & Comando', kini mereka boleh bersama menjayakan filem aksi lagi... Atas usaha Stallone sendiri juga mengumpulkan 'hero-hero tua' dalam satu seperti 'The Expendables'... Bermula dari situ kedua-dua 'orang gagah' ini bersama... Kini mereka bergandingan lagi dalam filem terbaru 'Escape Plan'... Mungkin salah satu filem aksi yang boleh kita tonton kerana idea dan jalan cerita ini juga menarik..."

Jalan Cerita :
Ray Breslin merupakan bekas penguatkuasa utama dunia yang pakar dalam keupayaan keselamatan struktur sesuatu penjara secara maksimun. Dia  menghabiskan hidupnya masuk ke penjara untuk belajar tentang reka bentuk dan mengenali tabiat pengawal untuk mencari dan mengeksploitasi kelemahan mereka, sekali gus membolehkan dia mencari ‘modal’ untuk melarikan diri tanpa suatu halangan. Satu hari, dia dan rakan perniagaannya Lester Clark ditawarkan perjanjian jutaan dolar oleh ejen CIA Jessica Miller untuk menguji sebuah penjara rahsia dan perlu membuktikan apa yang direkanya terbukti berkesan. Breslin bersetuju dengan perjanjian itu dan membenarkan dirinya ditangkap di New Orleans, Louisiana, dibawah nama pengganas Bahasa Sepanyol dinamakan ‘Portos’. Tanpa diduganya, dia menjadi mangsa penipuan melalui pelan yang dirancang. Dia telah ditipu apabila tiba dipenjara dia ditangkap atas jenayah mengeluarkan pengesanan mikrocip dari bahu dan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara. Oleh itu, dia perlu mencari jalan keluar untuk untuk melarikan diri dan mencari dalang yang meletakkan dia dalam bahaya di belakang tabir besi tersebut.

Lakonan : Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, 50 Cent

Rabu, 16 Oktober 2013

Special ID Persis 'Sha Po Lang' (SPL) Versi Donnie Yen

"...Buat peminat cerita aksi dan seni beladiri, pasti ternanti-nantikan sebuah lagi filem aksi seni beladiri dari 'tangan' Donnie Yen. Semua sememangnya tahu, Donnie Yen berada di kemuncak 'prestasi' karier dalam filem aksi tempur. Ini kerana segala teknik tempur yang diserapkan dalam filem aksinya selalu menepati citarasa penonton. Oleh itu, 18 Oktober 2013 di Malaysia, kembali dengan naskhah terbarunya iaitu SPECIAL ID! Moga anda semua berpuashati..."

Jalan Cerita :
Dragon telah menjadi ‘infiltran’ untuk geng kongsi gelap bernama Hung selama bertahun-tahun di Hong Kong. Selepas kegagalan dalam beberapa rundingan yang dibuat Dragon dengan tiga kumpulan kongsi gelap tempatan, Hung mengesyaki dan mencurigai identiti Dragon. Waspada dan marah, Hung nekad untuk menghapuskan setiap anggota polis menyamar dalam kumpulan samseng dan hasilnya ramai polis ditangkap dan dihapuskan. Menyedari bahaya tersebut, Dragon meminta kebenaran untuk menamatkan tugasnya menyamar daripada kaptennya, Cheung. Sebaliknya, Cheung menghantar Dragon ke Tanah Besar China untuk menyusup masuk ke dalam jenayah perniagaan perdagangan ‘Pengenalan Khas’. Perniagaan ini dikendalikan oleh anak didik terbaik Hung , Sunny, yang merupakan rakan sebelumnya Dragon dalam kumpulan itu. Cheung berjanji untuk mengembalikan identiti polis Dragon setelah misi perniagaan Sunny dimusnahkan. Dragon bersetuju, dan misinya itu turut disertai oleh pegawai polis tempatan iaitu Lei Peng dan Fang Jing daripada pasukan gerak khas. Tetapi sebelum mereka berjaya menumbangkan Sunny, secara tiba-tiba identiti polis Dragon terhapus dan meninggalkan Dragon terdedah dalam bahaya besar.

Lakonan : Donnie Yen, Collin Chou, Tian Jing, Zhigang Yang