NAMPAKNYA Tony Jaa semakin laris
mengisi permintaan pasaran filem aksi Hong Kong. Baru-baru ini Tony Jaa
menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem aksi seperti filem ‘The Expendables’
tetapi versi Cina iaitu ‘Makeshift Squad’, dan yang terbaru Tony Jaa memenuhi
permintaan pengarah terkenal Wilson Yip yang kerap bekerjasama dengan Donnie
Yen dalam filem SPL, Ip Man dan Flash Point. Projek baru ini bertajuk ‘Fate’.
Berita terbaru ini melaporkan
bahawa Tony Jaa akan berlakon dalam filem baru aksi ‘thriller’ yang bertajuk ‘FATE’
atau dalam bahasa melayunya, TAKDIR. Sememangnya Tony Jaa semakin laris di Hong
Kong pula selepas, Siam & Hollywood. Walaupun tidak fasih berbahasa
Inggeris tetapi kemahirannya mengatasi segalanya. Aksi pertarungan pula akan
diarahkan oleh Sammo Hung yang sememangnya mempunyai sentuhan menarik. Buat masa
ini butiran mengenai plot dan watak keseluruhan masih dirahsiakan. Pembikinan filem
ini dijangka bermula pada bulan depan.