Halaman

Selasa, 29 Oktober 2013

Thor 2 : The Dark World, Lebih Aksi dan Lebih Gagah!

"...Terbitnya blog FILEM AKSI dan SENI BELADIRI ini ialah memberi informasi tentang filem-filem aksi dan seni beladiri yang bakal berada dipanggung Malaysia selain informasi tentang seni beladiri dan tokoh atau pengamal seni beladiri yang terlibat dalam bidang serta perjuangan seni beladiri itu sendiri dalam dunia perfileman... Semoga anda semua boleh jadikan laman blog ini sebagai rujukan untuk informasi terkini tentang penerbitan filem aksi dan seni beladiri dipanggung tempatan seterusnya pemangkin pada tercetusnya revolusi perfileman filem aksi dan seni beladiri tempatan pada masa hadapan..."

Jalan Cerita :
Pada kali, Thor terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih kuat, sehinggakan Odin dan Asgard tidak dapat menahannya. Thor mesti memulakan perjalanan paling sukar dan berbahaya disamping ingin menyelesaikan isi peribadinya, salah satunya yang akan menyatukannya kembali dia dengan Jane Foster dan memaksa dia mengorbankan segala-galanya untuk menyelamatkan kita semua.

Lakonan : Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston


Jumaat, 18 Oktober 2013

'Tom Yum Goong 2' Lebih Gila, Lebih Ngeri Aksinya!

"...Seluruh dunia tahu penghasilan filem aksi seni beladiri kini bukan sahaja Hong Kong sahaja yang mampu lakukan. Terkini, Siam sudah mula mencabar kredibiliti mereka. Oleh itu, tarikh penayangan filem aksi tersebut di Malaysia dilihat turut memainkan peranan bagi menjamin persaingan yang lebih sihat. Mana tidaknya, 18 Oktober 2013 (hari ini), filem aksi lakonan Donnie Yen yang brutal mula ditayangkan. Seminggu kemudian, pada 24 Oktober jika tidak silap giliran filem lakonan Tony Jaa menghangatkan panggung kita. Nampaknya bulan oktober kali ini kita 'berselera' ke panggung kerana dipenuhi dengan cerita aksi yang boleh memenuhi citarasa kita. Tidak lupa juga pada filem aksi tempatan seperti KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober baru-baru ini mendapat kutipan yang memberangsangkan walaupun diselubungi oleh kontroversi 'cetak rompak' lebih awal di internet..."

Jalan Cerita :
Kham (Tony Jaa) telah menjadi suspek dalam kes pembunuhan Suchart iaitu pemilik kem latihan gajah yang berpengaruh... Suchart telah dibunuh dengan tiga serangan tumbukan maut oleh seseorang yang pakar dalam seni mempertahankan diri.  Kebetulan, Kham (Tony Jaa) adalah individu yang terakhir dilihat berada dan meninggalkan tempat kejadian jenayah berlaku. Menyedari kes jenayah itu dan menjadi suspek buruan utama oleh penguatkuasa, Kham melarikan diri daripada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, Kham turut diburu oleh anak saudara  kembar Suchart  (Jija Yanin dan Teerada Kittisiriprasert). Kham bernasib baik, dia telah dibantu oleh Sgt. Mark (Petchtai Wongkamlao) Interpol yang dihantar dari Sydney untuk mengendalikan beberapa misi rahsia.

Walaupun diburu, Kham terus mencari Khon, gajahnya yang dianggap seperti saudara sendiri yang telah diculik beberapa hari yang lalu. Semakin lama dia meneruskan pencariannya, semakin dekat bahaya dengannya, sehinggakan dia secara tidak langsung dia terlibat dalam konflik pertubuhan rahsia yang diketuai oleh LZ bos besar yang sangat ghairah dalam mengumpul pejuang-pejuang tempur tangan kosong dari seluruh dunia ke dalam pertubuhan rahsianya. Pejuangnya yang seperti '20' (Ratha Pho - ngarm) dan '2' (Maritz) berlumba-lumba untuk menangkap Kham dalam memenuhi objektif bos mereka.

Lakonan : Tony Jaa, Maresse Crump, Jeeja Yanin, Dan Chupong 
-
 

Khamis, 17 Oktober 2013

Escape Plan Uji Kudrat 'Kuda Tua' Rambo dan Komando

"...Benarlah kata orang, makin tua makin berminyak, makin tua banyak manfaatnya... Itulah ungkapan yang boleh kita berikan kepada bekas hero filem 'wirawan antarabangsa', Sylvester Stallone dan Arnold Schwarzenegger... Kedua-duanya pernah bersaing dalam penghasilan filem aksi 'patriotik' buatan Amerika... 'Rambo & Comando', kini mereka boleh bersama menjayakan filem aksi lagi... Atas usaha Stallone sendiri juga mengumpulkan 'hero-hero tua' dalam satu seperti 'The Expendables'... Bermula dari situ kedua-dua 'orang gagah' ini bersama... Kini mereka bergandingan lagi dalam filem terbaru 'Escape Plan'... Mungkin salah satu filem aksi yang boleh kita tonton kerana idea dan jalan cerita ini juga menarik..."

Jalan Cerita :
Ray Breslin merupakan bekas penguatkuasa utama dunia yang pakar dalam keupayaan keselamatan struktur sesuatu penjara secara maksimun. Dia  menghabiskan hidupnya masuk ke penjara untuk belajar tentang reka bentuk dan mengenali tabiat pengawal untuk mencari dan mengeksploitasi kelemahan mereka, sekali gus membolehkan dia mencari ‘modal’ untuk melarikan diri tanpa suatu halangan. Satu hari, dia dan rakan perniagaannya Lester Clark ditawarkan perjanjian jutaan dolar oleh ejen CIA Jessica Miller untuk menguji sebuah penjara rahsia dan perlu membuktikan apa yang direkanya terbukti berkesan. Breslin bersetuju dengan perjanjian itu dan membenarkan dirinya ditangkap di New Orleans, Louisiana, dibawah nama pengganas Bahasa Sepanyol dinamakan ‘Portos’. Tanpa diduganya, dia menjadi mangsa penipuan melalui pelan yang dirancang. Dia telah ditipu apabila tiba dipenjara dia ditangkap atas jenayah mengeluarkan pengesanan mikrocip dari bahu dan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara. Oleh itu, dia perlu mencari jalan keluar untuk untuk melarikan diri dan mencari dalang yang meletakkan dia dalam bahaya di belakang tabir besi tersebut.

Lakonan : Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, 50 Cent

Rabu, 16 Oktober 2013

Special ID Persis 'Sha Po Lang' (SPL) Versi Donnie Yen

"...Buat peminat cerita aksi dan seni beladiri, pasti ternanti-nantikan sebuah lagi filem aksi seni beladiri dari 'tangan' Donnie Yen. Semua sememangnya tahu, Donnie Yen berada di kemuncak 'prestasi' karier dalam filem aksi tempur. Ini kerana segala teknik tempur yang diserapkan dalam filem aksinya selalu menepati citarasa penonton. Oleh itu, 18 Oktober 2013 di Malaysia, kembali dengan naskhah terbarunya iaitu SPECIAL ID! Moga anda semua berpuashati..."

Jalan Cerita :
Dragon telah menjadi ‘infiltran’ untuk geng kongsi gelap bernama Hung selama bertahun-tahun di Hong Kong. Selepas kegagalan dalam beberapa rundingan yang dibuat Dragon dengan tiga kumpulan kongsi gelap tempatan, Hung mengesyaki dan mencurigai identiti Dragon. Waspada dan marah, Hung nekad untuk menghapuskan setiap anggota polis menyamar dalam kumpulan samseng dan hasilnya ramai polis ditangkap dan dihapuskan. Menyedari bahaya tersebut, Dragon meminta kebenaran untuk menamatkan tugasnya menyamar daripada kaptennya, Cheung. Sebaliknya, Cheung menghantar Dragon ke Tanah Besar China untuk menyusup masuk ke dalam jenayah perniagaan perdagangan ‘Pengenalan Khas’. Perniagaan ini dikendalikan oleh anak didik terbaik Hung , Sunny, yang merupakan rakan sebelumnya Dragon dalam kumpulan itu. Cheung berjanji untuk mengembalikan identiti polis Dragon setelah misi perniagaan Sunny dimusnahkan. Dragon bersetuju, dan misinya itu turut disertai oleh pegawai polis tempatan iaitu Lei Peng dan Fang Jing daripada pasukan gerak khas. Tetapi sebelum mereka berjaya menumbangkan Sunny, secara tiba-tiba identiti polis Dragon terhapus dan meninggalkan Dragon terdedah dalam bahaya besar.

Lakonan : Donnie Yen, Collin Chou, Tian Jing, Zhigang Yang