THE Journey, filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw dan diterbitkan oleh Woohoo Pictures hari ini diumumkan sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah perfileman negara apabila mengumpul kutipan tiket sebanyak RM12.92 juta (setakat 23 Februari). Setelah 25 hari berada di pawagam seluruh Malaysia sejak ia ditayangkan pada 30 Januari lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, melanggar trend tradisi filem-filem yang ditayangkan sebelum ini.
-
-
Filem tersebut mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, KL Gangster yang sebelum ini meraih kutipan RM11.74 juta sewaktu ditayangkan pada tahun 2011. Sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua! "The Journey" sebuah filem yang memaparkan erti kemanusiaan. Banyak menyentuh tentang isu kekeluargaan, hubungan antara bangsa, penerimaan, perbezaan budaya, persahabatan dan perbezaan bahasa.
-
Sinematografinya cukup cantik kerana setiap babak dirakam dengan sempurna demi mendapatkan paparan yang menarik untuk filem ini.